Nuffnang

Saturday, March 27, 2010

Robot Wanita Jadi Pesakit Gigi

SEORANG doktor gigi menampal lubang gigi robot humanoid di Universiti Showa, Tokyo semalam.
TOKYO - Sepasukan penyelidik di Jepun dengan kerjasama sebuah syarikat pengeluar robot semalam mempamerkan robot humanoid wanita pertama dijadikan pesakit untuk pelajar-pelajar yang bakal menjadi doktor gigi.Robot wanita bernama Hanako itu boleh meluahkan rasa sakit, melirik mata, menggerakkan rahang dan lidah selain mengeluarkan air liur seperti pesakit sebenar."Sakitlah," kata Hanako sambil menggerakkan kepalanya semasa seorang pelajar pergigian menggerudi gigi robot tersebut pada satu demonstrasi kepada media di sini."Tolong angkat tangan anda apabila berasa sakit kerana bahaya jika menggerakkan mulut anda," kata pelajar itu kepada humanoid tersebut yang berbaring di kerusi doktor gigi.Robot itu dicipta oleh satu pasukan penyelidik Universiti Showa yang diketuai Profesor Atsuo Takanishi di Universiti Waseda termasuk syarikat pengeluar robot, tmsuk.Harga robot itu masih dirahsiakan, kata beberapa pelabur projek berkenaan. - AFP

Nota : Macam macam dunia zaman moden sekarang ini. Itulah akibatnya kalau manusia sudah tidak mahu jadi model pesakit untuk cabut gigi..maka robotlah jadi mangsanya. " Aku jadikan manusia sebaik baik kejadian " Surah At Tin..
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

2 comments:

2R said...

zaman teknologi canggih skrg..robot manusia pn nmpk real kt jepun tu..hebat gile :-)

Penulis Rindu said...

ya memang betul zaman telah berubah sekarang nie ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung