Nuffnang

Thursday, April 22, 2021

Anuar Gagal Dapat Perintah Mahkamah, batalkan Darurat.. Kerajaan Mahyuddin

 Anwar Ibrahim hari ini gagal memperoleh kebenaran mahkamah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.


Ini berikutan hakim Mahkamah Rayuan Mariana Yahya yang bertindak sebagai hakim Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan ketua pembangkang itu selaku pemohon.


Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali berkata hakim Mariana menolak permohonan itu atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman pemohon berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan.


“Nasihat jemaah menteri dan Muhyiddin kepada Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Ordinan Darurat adalah tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.


“Mahkamah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon tanpa perintah dengan kos,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas keputusan permohonan itu menerusi aplikasi Zoom hari ini.


Prosiding itu turut disertai peguam kanan Persekutuan S. Narkunavathy manakala Anwar diwakili peguam Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.


Sementara itu, Sangeet ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu.


Pada 4 Mac lalu, AGC membantah permohonan itu atas alasan ia terhalang oleh Perkara 150(6) dan Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan.


Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman pada 25 Jan lepas, dengan menamakan perdana menteri dan kerajaan masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.


Beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh jemaah menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.


Anwar memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat itu tidak konsisten dengan Perkara 150(3) dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden untuk menasihatkan Sultan Abdullah supaya membatalkan Seksyen 14 Ordinan Darurat berkenaan.

Sedih!!! Raya PKP kembali lagi... 4 beradik imbas saat hanya mampu tatap wajah tersayang di skrin telefon

 

Raya PKP kembali lagi... 4 beradik imbas saat hanya mampu tatap wajah tersayang di skrin telefon, walau dah berpakat tapi plan gagal dek kata-kata si ibu di pagi Syawal!

Jauh dimata, tetapi dekat di hati.

Itulah gambaran yang paling sesuai diungkapkan bagi mereka yang terpaksa berjauhan dari keluarga.

Walaupun jarang berjumpa, tetapi sekarang kita ada kemudahan seperti telefon pintar untuk membuat panggilan video jika rindu melihat wajah insan tersayang

Bagi Kamaria Subir, 22, itulah yang menjadi medium untuk dia dan abangnya Lokman Hakim, 25, menyambut Syawal pertama berjauhan dari keluarga disebabkan PKP pada tahun lalu.

Rakaman video saat masing-masing memohon keampunan kedua orang tua di kampung di pagi yang mulia itu meraih 41,000 tontonan di aplikasi TikTok dan netizen turut sama berasa sedih.


Menurut Kamaria, itu adalah kali pertama dia menyambut Syawal berjauhan daripada keluarganya yang menetap di Kampung Sri Makmur, Pagoh, Johor, disebabkan larangan merentas negeri sekali gus anak ketujuh daripada lapan beradik itu beraya bersama tiga saudaranya yang lain serta kakak ipar di Puncak Alam, Selangor.

"Saya tak sangka pun akan menjadi begitu sedih dan mudah tersentuh bila tiba waktu pagi raya tu. Sebab sebelum itu kami dah berpakat untuk tak nak menangis depan mak ayah. Kalau boleh tak nak mereka sedih.

"Dah la memang mak terasa hati sebab tak dapat balik. Dia siap cakap lagi 'kalau nak rasa mak masak, baliklah'. Waktu tu memang dah tak boleh tahan lagi.

"Cakap sikit je terus mengalir air mata sampai abang pun tak dapat nak sorok lagi perasaan dia. Mak pula sebak tengok kami adik beradik menangis masa video call," katanya yang lebih setahun menetap di Selangor.

Kamaria (kanan) beraya bersama adik beradik yang lain disebabkan PKP pada tahun 2020.

Oleh kerana ketiadaan ibu disisinya pada tahun itu, segala persiapan raya terpaksa dilakukan mereka empat beradik yang terkandas di Selangor.

Kamaria memberitahu, tugas menyediakan hidangan raya yang selalunya diketuai ibu mereka kini diambil alih oleh Lokman.

"Selalunya mak yang akan sibuk memasak, saya cuma tolong potong-potong bahan je. Tapi sebab kali ni tak dapat balik kampung, jadi semua benda kena buat sendiri.

"Bab memasak ni abanglah yang banyak tolong sebab dia memang pandai memasak, sampai pagi buta kami bersengkang mata siapkan lauk raya.

"Memanglah seronok sebab masih dapat berkumpul dengan adik beradik masak bersama tapi tetap tak sama macam bila ada mak ayah dengan kita. Lauk pun tak rasa sama macam mana mak masak" katanya yang bekerja sebagai pembantu akauntan di syarikat perabot milik Lokman.

Walaupun bising sebab ada ramai orang, tapi itulah vibe malam raya yang saya mahukan. Dapat tolong mak masak lauk raya, tengok ayah bakar lemang di luar rumah.

KAMARIA SUBIR

Menurut Kamaria, ada banyak perkara yang ingin dilakukan jika dia diberi peluang untuk pulang ke kampung dan menyambut Syawal bersama keluarganya.

Salah satu daripadanya tentu sekali bermaaf-maafan selepas selesai solat sunat Aidilfitri dan makan lauk kegemaran yang dimasak oleh ibu iaitu kari daging.

"Saya paling rindu suasana malam raya yang riuh rendah sebab adik beradik saya ramai, lepas tu tambah lagi dengan abang dan kakak ipar serta enam orang anak saudara.

"Walaupun bising sebab ada ramai orang, tapi itulah vibe malam raya yang saya mahukan. Dapat tolong mak masak lauk raya, tengok ayah bakar lemang di luar rumah.

Kali terakhir mereka dapat menyambut Syawal beramai-ramai di Kampung Sri Makmur, Pagoh, Johor.

"Selalu kalau lepas solat raya je mesti kami semua berkumpul dalam bulatan dan ayah akan membacakan doa sebagai tanda kesyukuran dapat bersama-sama sekeluarga di pagi Syawal. Memang sedih la kalau saya tak dapat nak bersama mereka lagi tahun ni," ujarnya kepada mStar.

Seperti rakyat Malaysia yang lain, Kamaria juga berharap agar tahun ini dia berpeluang untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta dan menyambut hari raya bersama-sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Wednesday, April 21, 2021

Tak pernah gaduh selama 5 tahun duduk sebilik, 2 sahabat buat drama air mata di hujung semester

 

Tak pernah gaduh selama 5 tahun duduk sebilik, 2 sahabat buat drama air mata di hujung semester - “Kami macam tak ready lagi nak pisah”

Video mereka meraih hampir 300,000 tontonan di TikTok.

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan.

Begitu juga kisah mengenai dua sahabat ini apabila video 'air mata' antara mereka meraih hampir 300,000 tontonan di TikTok.

Menurut Wan Naqiudin Aqil Che Wan Nasarudin, dia dan Mohd Faiz Farizan pernah menjadi rakan sebilik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama lima tahun..

ADVERTISING


"Kami dah kenal lima tahun sejak asasi sehingga ke zaman degaree. Kami dalam satu kuliah sama, tapi jurusan berbeza.

"Dia ambil jurusan Architechture, saya pula Pengurusan Bandar," ujar pemuda yang mesra disapa Aqil itu.

Menurut Aqil, rakan baik yang dikenali sebagai Faiz itu terlebih dahulu menamatkan pengajian pada tahun 2020, manakala dia masih lagi meneruskan pengajiannya sehingga kini.

Aqil (kiri) dan Faiz (kanan) menjadi rakan sebilik di universiti selama lima tahun.

"Kami memang tahu yang Faiz akan habis belajar lebih awal. Tempoh pengajian dia selama tiga tahun, saya pula empat tahun.

"Cuma pada waktu itu, kami macam tak ready lagi. Tahu-tahu dah kena berpisah. Masa tahun lepas pun saya pernah kongsikan video kami di Instagram dan Twitter.

"Kali ini saya throwback di TikTok pula. Saya kongsi sebab teringat dah lama tak contact dan nak tunjuk nilai persahabatan antara kami," ujarnya lagi.

Tapi kalau jumpa yang betul-betul baik dengan kita, hargailah mereka.

AQIL

Kata Aqil yang menetap di Kuala Lumpur, Faiz yang berasal dari Kedah berpindah ke Terengganu dan menjalankan perniagaan di sana.

Imbasnya lagi, mereka berdua tidak pernah bertikam lidah mahupun bermasam muka sepanjang menjadi rakan sebilik.

"Benda paling saya ingat, saya dan Faiz tak pernah bergaduh sepanjang lima tahun. Tak pernah marah atau tinggikan suara.

Dua sahabat ini tidak pernah bergaduh.

"Memang tak pernah nak terasa hati. Kasar macam mana pun, kami gelak je. Tak berkira bab duit, saling beri sokongan kalau ada masalah.

"Pada saya, kita boleh berkawan dengan semua orang. Tapi kalau jumpa yang betul-betul baik dengan kita, hargailah mereka.

"Sentiasa bersama kawan kalau mereka ada masalah. InsyaAllah ada keberkatan dalam berkawan," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Aqil yang kini dalam tahun akhir pengajian turut menjalankan perniagaan cokelat dalam balang (chocojar).

Aqil turut melakukan bisnes demi menampung kos pengajian.

Sebagai anak sulung, Aqil berkata dia sebolehnya enggan terlalu bergantung kepada keluarga dan menjalankan bisnes untuk mencari pendapatan sendiri.

"Saya dah setahun buat bisnes chocojar. Yang pertama sebab saya tiada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Bergantung 100 peratus dengan keluarga. Saya pula anak sulung. Segan kalau nak minta duit selalu, saya tak nak susahkan mak ayah.

"Saya juga buat bisnes untuk menabung untuk kahwin, InsyaAllah dalam dua atau tiga tahun lagi," kata Aqil.

Dalam video tular di TikTok itu, ia memaparkan kompilasi video kenangan suka duka antara mereka yang turut diselitkan dengan babak Faiz dan Aqil berpelukan menangis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung