Nuffnang

Wednesday, March 3, 2021

Perghh !!! Cari nahas, pasangan bawa anak berkhemah di kawasan tanah runtuh

 

Cari nahas, pasangan bawa anak berkhemah di kawasan tanah runtuh

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu.

SEBUAH keluarga dilaporkan berkhemah di puncak sebuah bukit, tiga meter berhampiran tebing yang baru sahaja mengalami kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Pihak berkuasa di Staithes dan Whitby menerima laporan mengenai pasangan ibu bapa itu yang membawa seorang kanak-kanak dalam perkhemahan berkenaan.

Malah, sekeping foto yang dirakam dari udara turut dikongsi di media sosial.

kejadian itu dilaporkan berlaku pada 27 Februari lalu.

"Panggilan hari ini, kami menerima laporan mengenai kejadian di Cleveland Way mengenai isu keselamatan dua dewasa yang berkhemah di tepi tebing bukit bersama anak mereka.

"Polis turut dihantar ke lokasi kejadian kerana mereka melanggar perintah larangan berkaitan Covid-19,"tulis pegawai perairan Staithes di Facebook.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan bahaya pasangan itu.

Malah, pelbagai komen turut ditinggalkan berhubung kejadian itu menerusi Facebook. - Daily Star.


Tuesday, March 2, 2021

Terperangkap di Tanzania akibat pandemik dan pergolakan politik, Cikgu Anita tetap bersemangat teruskan impian kembara 70 negara, dah berjaya hasilkan 4 buku!

 

Terperangkap di Tanzania akibat pandemik dan pergolakan politik, Cikgu Anita tetap bersemangat teruskan impian kembara 70 negara, dah berjaya hasilkan 4 buku!

Anita memulakan kembara Global Dream Ride 2 sejak Disember 2019. Foto Facebook ANITA YUSOF

TARIKH 11 September 2015 adalah tarikh keramat bagi Anita Yusof apabila beliau mengambil keputusan untuk memulakan menggembara dengan hanya bermotosikal secara solo ke seluruh dunia menerusi Global Dream Ride.

Penggembaraan yang bermula di Seattle, Amerika Syarikat itu telah membawa Anita atau lebih mesra dengan sapaan Cikgu Anita menjelajah 40 buah negara dalam empat benua termasuk negara seperti Mexico, Colombia, Chile, Turki dan Mongolia.

Lebih membanggakan, Anita berjaya menamatkan misi itu dalam tempoh setahun dengan menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150i merentasi sejauh 65,000 kilometer sebelum pulang ke tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini sedih hidap kanser selepas jalani kehidupan sihat, namun bangga mampu habiskan maraton, buat lompatan bungee

Bagaimanapun jiwa kembara bekas pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh ini tidak pernah terhenti untuk meneruskan kembaranya sebelum melancarkan Global Dream Ride 2 pada Disember 2019.

Menerusi misi kali ini, kata ibu tunggal berusia 54 tahun ini, beliau menyasarkan untuk menjelajah ke 70 buah negara di tujuh buah benua meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan ekoran pandemik Covid-19.



Anita kini dalam misi menjelajah 70 buah negara di tujuh buah benua.

"Selepas saya menamatkan Global Dream Ride yang pertama, saya pernah juga menggembara selama dua bulan di New Zealand selain Afrika Selatan pada 2018.

"Sejurus selesai kembara di Afrika Selatan, saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menyambung tugas dan tinggalkan motosikal saya di rumah kenalan di Cape Town.

"Memandangkan saya sudah terbiasa menggembara dan memang tidak boleh duduk diam, akhirnya selepas bersara saya mengambil keputusan untuk kembali dengan Global Dream Ride 2," katanya kepada mStar ketika dihubungi di Tanzania.

Kembara tergendala akibat Covid-19

Berkongsi mengenai Global Dream Ride 2, Anita memberitahu dia sempat menggembara dari Cape Town ke Ethiopia sebelum dunia dilanda wabak Covid-19.

Memandangkan keadaan tidak terkawal, Anita memberitahu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan motosikal kesayangannya di Ethiopia sebelum terbang ke Tanzania untuk berehat seketika.

Saya reda dan sentiasa berpegang, setiap apa yang berlaku dalam kembara saya ini pasti ada hikmahnya. Saya hanya mampu berdoa agar pandemik ini segera berakhir.

ANITA YUSOF

"Saya pilih Tanzania untuk berehat kerana rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk tinggal di negara itu dan kerajaannya membenarkan pelancong menetap selama tiga bulan.

"Kebiasaannya selepas tempoh menetap tamat, saya akan ke Kenya selama sebulan sebelum masuk kembali ke Tanzania. Diam tak diam, sudah setahun saya terperangkap di sini.

"Sepatutnya selepas Ethiopia, saya merancang ke Sudan dan Mesir sebelum ke Eropah... namun disebabkan Covid-19, saya terpaksa membatalkan hasrat itu buat masa ini," ujarnya.

Lebih malang kata Anita, dia tidak boleh berpatah balik ke Ethiopia untuk mengambil motosikalnya memandangkan negara itu kini masih menutup pintu sempadannya.

Itu tidak termasuk pelbagai pergolakan politik, peperangan dan masalah dalaman seperti di antara puak pemisah yang menyukarkan lagi usahanya untuk mengambil motosikal.

ADVERTISING
Video Player is loading.
Loaded11.76%
Advertisement: 0:33
X



Motosikal kesayangannya kini terpaksa ditinggalkan di Ethiopia.

"Jika difikirkan memang menyesal juga meninggalkan motosikal saya di sana... dan Covid-19 bukan satu-satunya halangan ketika ini sebaliknya terdapat pelbagai faktor lain yang menghalang saya meneruskan perjalanan.

"Meskipun saya sangat bersyukur dapat berehat di Tanzania tetapi alangkah bagusnya jika motosikal ada bersama saya, sekurang-kurangnya dapat juga saya melakukan perjalanan domestik.

"Tetapi saya reda dan sentiasa berpegang, setiap apa yang berlaku dalam kembara saya ini pasti ada hikmahnya. Saya hanya mampu berdoa agar pandemik ini segera berakhir," katanya yang tidak meletakkan sebarang tempoh untuk menyelesaikan kembaranya itu.

Pernah lengkapkan kembara ke Asia Tengah dalam masa 30 hari

Bercerita mengenai minatnya terhadap dunia permotoran, ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu niat mahu keluar daripada kemelut konflik kehidupan dan meneroka potensi diri menjadi pendorong untuk menggembara ke merata dunia.

Sebelum merancang kembara dunia, Anita terlebih dahulu berjinak-jinak dengan perjalanan sekitar negara Asia Tenggara pada 2012 dan seterusnya membuat tunggangan soloa Asia Tengah melalui lima negara iaitu Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan, Afghanistan dan Kazakhstan.

Dalam masa sekitar 30 hari, Anita berjaya melengkapkan misinya dan sejak itu, beliau mula dikenali dalam kalangan penunggang motosikal.



Merentasi Gurun Namib di Namibia dengan suhu sudah mencecah 40 darjah celcius pada pukul 9.00 pagi.

“Pada mulanya saya hanya menjelajah ke negara Eropah dengan menggunakan pengangkutan awam pada tahun 2002 secara backpacking. Ketika banyak kemudahan teknologi maklumat boleh dicapai, saya mula mendapat banyak maklumat kembara daripada ramai penulis blog tanah air.

“Saya mendapat inspirasi melalui salah sebuah blog kembara yang mengelilingi dunia dengan berbasikal saja. Melalui blog tersebut saya mula menggerakkan daya untuk mencuba mengembara menggunakan motosikal pula, ” katanya.

Pada asalnya, kata Anita, dia mahu mengembara ke lokasi blogger tersebut nyatakan dalam tulisannya apatah lagi bila melihat gambar yang indah di bumi Kyrgystan yang dirakamkan.

Namun kerana kos yang tinggi untuk backpacking kerana kawasan tersebut sukar diakses menggunakan pengangkutan awam, terbitlah idea menggunakan motosikal untuk mengembara.

“Saya nekad untuk teruskan ekspedisi menjelajah seluruh dunia pada tahun 2015 dengan membawa misi ‘Global Dream Ride’ dengan menjelajah benua Amerika di Seattle seterusnya ke seluruh Amerika Utara, Eropah dan seterusnya ke benua Asia, ” katanya yang juga menjadi kebanggaan Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Anak Kandung Suluh Budiman.



Sepanjang tempoh pandemik ini juga, Anita sempat menulis empat buah buku.

Hasilkan 4 buah buku ketika pandemik

Bercerita lanjut mengenai aktivitinya ketika terperangkap dalam suasana Covid-19, Anita memberitahu dia sempat menulis empat buah buku sepanjang tempoh setahun iaitu Kembara Solo 'Stans' Asia Tengah, Global Dream Ride - Andai Ini Takdir Yang Kupilih... sebanyak tiga siri.

Anita memberitahu, meskipun tidak dapat meneruskan perjalanan namun dia menganggap ia tempoh untuknya berehat dan memberi fokus kepada perkara lain buat seketika termasuklah menulis buku.

"Saya rasa jika pandemik ini berterusan, mungkin akan ada buku lain yang saya tulis selepas ini," ujarnya yang menjual buku tersebut di laman sosialnya seperti Facebook dan Instagram.

Selain itu, Anita memberitahu dia juga turut meluangkan masa dengan membuat kerja-kerja amal seperti memberi sumbangan kepada golongan memerlukan selain mengajar kanak-kanak bahasa Inggeris.

"Saya sudah niatkan untuk mendermakan sebahagian hasil jualan buku saya ke tabung bagi membantu orang kurang bernasib baik terutamanya kanak-kanak.



Anita turut mempunyai bertemu degnan ramai kenalan baharu dalam kembaranya.

"Pengalaman berada di bumi Afrika memang menginsafkan saya kerana kemiskinan mereka di sini memang sukar diungkapkan dengan kata-kata... Mereka sangat rajin berusaha tetapi tidak dapat lari daripada kemiskinan.

"Sebab itu saya ingin membantu... selain menderma saya juga banyak libatkan diri dalam program komuniti tempatan serta mengajar kanak-kanak bahasa Inggeris," katanya.

Cucu paling dirindui!

Selepas lebih setahun berada di luar negara, Anita mengakui mula rindukan Malaysia terutama cucu tunggalnya yang kini sudah pun berusia satu tahun.

Kata Anita, beliau hanya sempat menatap wajah cucu lelakinya itu sebanyak dua kali sebelum terbang ke Cape Town untuk memulakan kembara Global Dream Ride 2.

"Cucu paling saya rindu. Bayangkan saya hanya sempat berjumpa dengannya hanya dua kali iaitu selepas dia dilahirkan dan ketika dia berusia 10 hari sebelum saya ke luar negara.



Perjalanan solo Anita banyak memberinya ruang untuk muhasabah diri.

"Sekarang pun dia dah berjalan... Rindunya hendak peluk, cium satu-satunya cucu saya itu. Alhamdulillah dapat juga saya tengok perkembangannya menerusi gambar dan video yang dihantar oleh anak dan menantu," jelasnya.

Tidak terburu-buru untuk menyelesaikan kembaranya itu, Anita memberitahu perjalanan yang ditempuhnya juga banyak membuatkan dia merenung dan refleks diri sendiri.

"Saya akui sebelum ini saya agak panas baran orangnya tetapi kembara ini banyak mengajar saya tentang erti kesabaran dan reda dalam erti sebenar-benarnya.

"Setiap kali ada ujian menimpa dalam penggembaraan saya, saya selalu berdoa agar Allah memberikan saya kekuatan untuk menempuh semua ujian diberikan.

"Alhamdulillah doa orang musafir ini memang mustajab... Terlalu banyak insiden yang saya alami menunjukkan tepatnya doa seorang musafir itu," katanya.



Anita bergambar bersama sekumpulan keturunan Swazi di Eswatini, Afrika.

Jadi tidak hairan wanita ini menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuk memegang dua rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai wanita pertama negara menunggang solo ke lima negara di Asia pada 2013.

Selain wanita pertama negara menunggang solo mengelilingi dunia dan mencatat nama dalam Asia Book Of Records sebagai wanita menunggang paling lama secara solo mengelilingi dunia.

Selain itu, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dipilih sebagai Ikon Negaraku.

Bukan itu sahaja beliau turut diundang untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya di dalam serta luar negara termasuk di Amerika Syarikat dan Dubai.

Kembaranya hampir keseluruhan benua sekali gus membawa semarak api semangat sambutan 100 tahun penubuhan institusi keramat UPSI.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Monday, March 1, 2021

Rakam gambar bogel bersama gajah, model Rusia teruk dikecam

 


Dia turut disiasat oleh polis, namun tiada sebarang dakwaan jenayah dikenakan ke atasnya.

SETIAP individu ada cara tersendiri untuk menzahirkan rasa cinta kepada alam sekitar.

Namun, apa yang dilakukan oleh model Rusia ini ternyata tidak disenangi ramai.

Alesya Kafelnikova, 22, yang juga seorang influencer teruk dikecam kerana merakam foto bogel di atas belakang seekor gajah di Bali, Indonesia pada 13 Februari lalu.

Malah, dia turut berkongsi foto itu menerusi laman Instagram yang memiliki lebih 557,000 pengikut.

Dia turut disiasat oleh polis, namun tiada sebarang dakwaan jenayah dikenakan ke atasnya.

Bagaimanapun, model itu juga sudah memohon maaf dan memadam perkongsian berkenaan. Metro uk. 

Mstar


Sunday, February 28, 2021

Perghh Tedia !!! 5 makanan paling busuk di dunia!

 

5 makanan paling busuk di dunia!

Durian mempunyai reputasi makanan paling busuk di dunia dan begitu juga beberapa makanan lain. (Gambar Rawpixel)

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti berasa lucu setiap kali melihat warga asing kali pertama mencium bau durian.

Raja buah itu mempunyai reputasi di luar negara sebagai buah berbau busuk dan ada yang menyamakan baunya seperti sampah reput.

Malah, durian juga sering disalah anggap sebagai ancaman bom yang mencetuskan panik dibimbangi berlakunya kebocoran gas atau senjata biologi.

Namun, adakah durian makanan paling busuk di dunia? Secara realitinya, terdapat pelbagai makanan lain dinikmati seluruh dunia yang mempunyai bau menyengat hidung sesiapa saja.


Powered by Streamlyn

Malah, ia sebenarnya mungkin mempunyai rasa yang begitu sedap, seperti durian. Ini adalah lima makanan berbau busuk yang boleh memotong selera anda.

1. Surstromming

Diperbuat daripada ikan hering jeruk, surstromming ialah hidangan dari Sweden yang berbau busuk. (Gambar Flickr)

Bayangkan satu hidangan berbau busuk yang kuat, berlegar-legar di ruang dapur sehingga berhari-hari malah ia melekat pula pada pakaian anda untuk tempoh masa lama.

Itu adalah surstromming, makanan Sweden yang membuatkan orang tertanya-tanya bagaimana negara yang menghasilkan jenama Ikea memiliki makanan seumpama itu.

Diperbuat daripada ikan hering jeruk, ia direndam dalam cecair masin sebelum dipindahkan dalam bekas dan ditinggalkan menjadi jeruk untuk sekurang-kurangnya setahun.

Hasilnya, ikan masin yang berbau busuk atau sering disamakan seperti bau mayat reput, lampin terpakai atau telur busuk.

Dalam satu kes mahkamah di Jerman, seorang pemilik rumah menghalau keluar seorang lelaki dari rumah sewanya kerana membuka satu tin surstromming di dalam rumahnya.

Mahkamah turut bersetuju dengan tindakan itu selepas surstromming dibawa di hadapan hakim!

2. Natto

Di sebalik bau dan rupa, natto menjadi makanan rutin paling popular di Jepun. (Gambar Pixabay)

Sarapan pagi popular di Jepun yang disukai oleh murid sekolah ini diperbuat daripada kacang soya peram dan ia mempunyai tekstur melekit serta berbau kuat.

Walaupun dikatakan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, tidak dinafikan baunya juga boleh membuat sesiapa saja menjauhkan diri.

Bau natto diumpamakan seperti keju yang sudah luput tarikh dan bau stokin yang tidak dicuci. Malah, lebih teruk bila ditambah dengan rupanya yang melekit.

Ada yang menyamakan baunya dengan ammonia, menyebabkan ia sukar ditelan.

Bagaimana pun, di Jepun, natto dimakan sebagai hidangan tambahan sepanjang hari dan sering disajikan dengan nasi atau bersama sushi dan mi.

3. Hakarl

Daging ikan jerung yang dibiarkan kering disajikan sebagai hakarl. (Gambar Flickr)

Satu lagi makanan yang baunya menyengat hidung ialah dari Greenland, iaitu sering dinikmati ketika perayaan.

Sama juga seperti surstromming, ia adalah sejenis makanan laut tetapi diperbuat daripada daging ikan jerung yang dijeruk.

Daging itu sebenarnya dikatakan beracun jika dimakan segar dan hanya selamat dimakan selepas ditanam selama beberapa bulan.

Selepas melepasi tempoh itu, daging yang tinggal akan dikeringkan selama beberapa bulan sebelum dihidangkan sebagai hakarl.

Hakarl dikatakan mempunyai bau seperti ammonia yang menyebabkan ia seakan bau hancing hingga orang yang pertama kali ingin mencubanya terpaksa mencubit hidung untuk mengelakkan bau busuknya.

4. Tauhu Busuk

Tauhu busuk adalah snek popular di China mempunyai bau yang kuat (Gambar Pixabay)

Orang yang memberi nama makanan ini harus dipuji kerana begitu berterus-terang.

Makanan snek yang popular di China ini mempunyai bau yang kuat menyebabkan pelancong memberi reaksi kurang menyenangkan hingga berair mata.

Apa yang menyebabkan reaksi itu? Bau itu disamakan seperti kaki yang tidak dicuci, najis manusia dan sampah reput.

Kebanyakan peminat makanan ini pasti bersetuju bahawa lebih busuk bau, lebih sedap rasanya.

Kepercayaan ini menyebabkan tukang masak berlumba-lumba untuk menghasilkan tauhu paling busuk.

Apa yang lucunya, mereka yang mampu menahan bau itu mendapati teksturnya agak tawar dan lembut dalam kulit yang rangup.

5. Vieux Boulogne cheese

Kajian saintifik pada 2004 merumuskan keju Vieux Boulogne adalah paling busuk di dunia (Gambar Flickr)

Jarang berlaku apabila kajian sains membuktikan sesuatu berbau busuk tetapi ini yang berlaku pada keju Perancis.

Pada 2004, panel saintis dalam bidang bau dan hidung elektronik berteknologi tinggi merumuskan bahawa keju Vieux Boulogne adalah paling busuk di dunia.

Mereka yang kurang bernasib baik tercium produk keju ini menyifatkan baunya seperti sayur busuk dan tahi lembu.

Seperti kebanyakan keju, Vieux Boulogne sangat berharga di tanah airnya apabila keju unik ini dicelup dalam bir ketika proses penghasilannya.

Walaupun baunya agak menjijikkan, namun ia mempunyai tekstur yang lembut dan lemak.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung