Nuffnang

Wednesday, December 29, 2021

Perghh !!! Long Tiger panjat bumbung, mahu terjun ke sungai

Long Tiger berjaya diberkas polis ketika cubaan melarikan diri.


PETALING JAYA – Lelaki Rohingya, Long Tiger bertindak memanjat bumbung serta cuba untuk terjun ke dalam sungai di belakang rumah rakannya di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Difahamkan, dalam operasi khas dijalankan kira-kira pukul 3 petang, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, berlindung di kediaman rakannya yang merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita.

Sumber berkata, sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, suspek tersebut cuba meloloskan diri dengan memanjat bumbung rumah.

“Suspek yang mahu terjun ke dalam sungai di belakang rumah tersebut tidak berjaya selepas lokasi tersebut terlebih dikepung pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok. -K! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung