Nuffnang

Saturday, March 31, 2012

Fuyooo....Baru tau sebab apa Zizan ( Raja Lawak) nak jadi Pelumba..Sebab Dia beli Kereta baru





Dikhabarkan Zizan (Raja Lawak) baru sahaja membeli sebuah kereta Evo 10 ni di Mutiara Motor Larkin. Syarikat Mutiara Motor adalah kepunyaan suami Juliana Banos.

Kereta model Evo 10 yang Zizan beli ni bukan macam spec biasa daripada kilang tetapi telah dituned dengan Performance Part M7. Setelah dituned, kuasa kuda (horse power) kereta ni boleh mencecah sehingga 480hp.

Dengan horse power macam tu, memang berdesup la kereta ni atas highway. Sebelum ini Zizan menggunakan Subaru Impreza WRX STI...Ihsan Sedaka Sejahtera.

Sebab tu Semalam dia kata nak jadi pelumba kereta...nah baru tau ye..

Friday, March 30, 2012

Pelakun Zizan Razak Mahu Jadi Pelumba Kereta

Zizan Razak
KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengukir nama sebagai pelakon, Zizan Razak berkongsi impian untuk bergelar seorang pelumba kereta pacuan empat roda.
Zizan berkata, cita-cita tersebut sudah lama diimpikan kerana dia begitu meminati sukan permotoran dan berharap akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan jika mempunyai masa terluang.
"Sebenarnya, selain lakonan, sukan permotoran merupakan antara minat saya sejak dahulu lagi dan menjadi pelumba kereta pacuan empat roda merupakan impian saya.
"Malah ketika saya tinggal di kampung dahulu di Terengganu, saya sering berlumba motor dan kereta bersama rakan-rakan di trek yang disediakan.
"Harap-harap, saya dapat mencuri masa dan peluang untuk memberi fokus dalam bidang perlumbaan pula dalam masa terdekat ini," katanya yang kini menjadi duta kepada produk aksesori kereta buatan Jepun, iaitu M7 dan Drive.
Selain itu, Zizan juga akan mula mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir untuk menjadi seorang pengarah filem satu hari nanti.
"Ya, macam-macam benda yang saya impikan dan inilah antara yang saya rancang untuk memperolehnya. Sekarang ini saya sedang mempelajari kerja-kerja di belakang tabir dan akan menubuhkan sebuah produksi untuk menerbitkan karya-karya filem tempatan.
"Selain itu, saya juga memiliki syarikat pengurusan artis iaitu Wire Fame Entertainment dan antara artis yang kini di bawah naungan syarikat ini ialah Kaka, Juliana Evans dan Johan Asaari," ujarnya.
Dalam pada itu kata Zizan, syarikat pengurusan tersebut juga terbuka buat mana-mana selebriti yang tidak tahu menguruskan kerjaya atau haluan mereka di bidang seni tempatan.
Zizan kini muncul di pawagam menerusi filem Jangan Pandang-Pandang.

Inilah wajah Tukang Sembelih..Manusia...

Ini Dia Wajah Tukang Sembelih Kawan

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah menyembelih dua rakan senegaranya sehingga mati di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini tiga tahun lalu.
Olier Sheks Awoyal Sheks, 28, hanya mampu mengalirkan air mata selepas keputusan itu dibacakan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Dia yang baru tiga bulan bekerja di sebuah kilang juga dihukum penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian terhadap seorang lagi mangsa.
Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, selepas membuat penelitian terhadap semua bukti dan keterangan daripada saksi yang terlibat, mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Mengikut pertuduhan, Olier Sheks didakwa membunuh Abdul Kadir Fazer Ali, 22, dan Shahin Md. Amir Hossain, 24, di sebuah asrama pekerja di Taman Kemuning, Senawang dekat sini pada pukul 2 pagi hingga 4.10 pagi, 15 September 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika disabitkan dengan kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Thursday, March 29, 2012

3 rakyat M'sia ditahan tanam pokok ganja di Melbourne


Inilah Pokok Ganja...

Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta.

Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.
    
Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen.
    
Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial.

Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama.

Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan.

Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri.
    
Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa.
    
Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas.

- Bernama

Memburu Nafsu..Tahan sakit untuk perkosa janda..haru biru...la..nie

KUALA KANGSAR: Walaupun kakinya berdarah akibat luka terkena objek tajam ketika memanjat bumbung bagi memecah masuk rumah seorang janda di di Taman Wai Thong, di sini, ia tidak menghalang seorang lelaki merogol wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek yang cedera memecah masuk rumah mangsa melalui siling dan mengejutkan wanita berkenaan yang tidur di dalam bilik sebelum merogolnya. 
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, mangsa tersedar selepas terdengar suara lelaki mengarahkan dia membuka selimut sambil mengacukan pisau. 

“Wanita itu yang tidak berapa sedar kerana terbangun dari tidur enggan mengikut arahan lelaki bertopeng itu, tetapi kerana terlalu takut dengan ugutan, dia akur membuka selimut dan menanggalkan pakaiannya.
“Mangsa juga terdengar lelaki terbabit seperti kesakitan kerana terdapat luka pada tubuhnya, tetapi merogol mangsa tanpa menghiraukan kesakitan dan rayuan mangsa,” katanya di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.







Wednesday, March 28, 2012

Isteri terbiar sesal terlanjur

Gambar Hiasan je..

SAYA mempunyai masalah dan memerlukan pendapat Dr supaya dapat memberi jalan penyelesaian dari segi Islam dan psikologi.
Saya berumur 30 tahun dan mempunyai tiga anak. Kini saya dalam proses menuntut fasakh. Perkahwinan kami penuh dugaan ditambah dengan sikap suami yang banyak melakukan perkara kurang baik. 
Malah saya juga bukan manusia yang baik, tetapi mengharapkan bimbingan dan perlindungan darinya. Di sebabkan dia tidak lagi bertanggungjawab, saya minta dilepaskan secara baik namun dia enggan.
Kemudian saya memohon fasakh bagi menuntut keadilan diri saya sejak 2010.
Selepas mengetahui saya memohon fasakh, suami mula bermusuh dengan saya dan anak-anak.
Buat pengetahuan Dr, saya tinggal bersama keluarga. Jadi suami sewenang-wenangnya tidak pulang ke rumah.
Saya reda apa yang berlaku. Masalah saya kini bukan mengenai perkahwinan tetapi diri saya. Tahun lepas saya terlanjur dengan teman perniagaan saya.
Saya tidak sedar apa yang berlaku dan ia hanya berlaku sekali. Demi Allah, bukan atas kerelaan saya, tetapi saya seakan tidak dapat menolak.
Walau sesal bagaimana sekali pun, hati saya tetap tidak tenang. Saya tertekan dan menangis seakan ada beban dalam hati saya yang amat berat tapi tidak dapat saya lepaskan.
Berdepan dengan anak, saya sebenarnya tidak layak menjadi ibu mereka. Benarkah hukuman untuk orang seperti saya adalah rejam sampai mati?
Saya amat takut dengan hukuman sebegitu dan saya harap masih ada jalan untuk saya tebus perbuatan saya.
POHON TAUBAT,  Soal jawab agama...H metro

Tuesday, March 27, 2012

Petugas Majlis Agama Islam Melaka didakwa minta rasuah seks


Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan  perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.
    
Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.
    
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
    
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira jam 6.30 petang, 10 Januari 2010.
    
Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira jam 1.15 petang  13 Februari 2010.
    
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
    
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa'ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam.

- Bernama

Remaja Perempuan Rancang Lari Ke Thailand, Bukan Diculik..Taetapi Ikut Warga Myanmar..


menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama ‘kes penculikannya’ dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.
Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.
“Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.
“Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.
Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka ‘hilang’ ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar. KOSMO

Monday, March 26, 2012

Terkini..Rumah MAWI dimasuki perompak..kesian Mawi Kena Ikat.


Mawi Dan Eikin
PETALING JAYA: Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumahnya di Bangi dekat sini dimasuki perompak awal pagi Isnin.
Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.
Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.
“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.
“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.
Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.
Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Bagaimanapun mStar Online difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Pada 28 Februari lalu pasangan artis tersebut menerima cahaya mata pertama mereka iaitu Cahaya Malaika.

Dukung dalam kereta sebelum dinoda


Gambar ihsan Google

SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.
Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.
Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.
“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.

“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.

“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.

Saturday, March 24, 2012

Sampai Hati,Lelaki bunuh kekasih kerana mengandung kali kesepuluh


BIRMINGHAM: Seorang lelaki didapati bersalah menetak hingga mati seorang wanita sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah.
Shuana Lee 36, yang hamil bayi kembar dibunuh oleh Karl Burman. Mangsa mempunyai sembilan orang anak. 
Mayatnya tidak dijumpai dan dipercayai telah dibakar.

Burman, 24, dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh.

Ketika perbicaraan dijalankan, pendakwa raya Mark Wall, memberitahu Mahkamah di Birmingham, defendan yang berang kerana wanita itu hamil lagi, memotong badan mangsa lalu memasukkannya ke dalam beg plastik hitam dan membuangnya.

Polis menyiasat kehilangan Shuana tetapi tidak berjaya sehinggalah Burman mendail 999 enam bulan selepas Shuana hilang pada November 2010 dan mengaku membunuh teman wanitanya.

Wall berkata, “Dia mengaku membunuhnya dengan menggunakan penukul dan memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting pokok.

Burman berkata dia mengambil masa dua hari untuk mengerat mayat Shauna. Dia kemudian memasukkan mayat Shauna ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya. - DM..Hmetro

Sampai hati dan kejam manusia ..sekarang ni..

Friday, March 23, 2012

Gadis disangka hilang, rupanya ikut suami orang...huhu

 
DI lokasi berhampiran kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas, Kuantan inilah Nornabila ditemui malam kelmarin. 

KUANTAN – Seorang gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Koperasi, Jerantut pada Isnin lalu ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai hilang kerana mengikut kekasihnya yang sudah beristeri sehingga ke Kuantan ditemui oleh keluarganya pada pukul 10 malam.
“Ibu pelajar terbabit sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.
“Keluarga Nornabila dari Jerantut pergi ke Kuantan dan menemui remaja itu berhampiran kedai 7-Eleven di Taman Tas selepas dihantar ke situ oleh teman lelakinya,” kata beliau di sini semalam.
Jarak antara rumah remaja itu dengan lokasi dia ditemui ialah kira-kira 163 kilometer.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan, pelajar terbabit pernah hilang dari rumah sebelum ini bersama lelaki sama yang berusia 20-an.
Akhbar semalam melaporkan Nornabila atau lebih mesra dipanggil Kakak didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Nor Syazwani Mazlan, 15, pada pukul 8.30 malam Isnin lalu. Kosmo
Kita ingat dia hilang sunggoh...ikut suami orang pulak ye....

Thursday, March 22, 2012

Rumah Beratap Zink Karat dan Beratap Genting....dimana kita ?



 aku ambil dari google..


Ihsan Google

Salam buat semua..inilah jurang perbezaan antara rumah beratas zink karat dan beratap genting...bukan tak boleh,..tapi aku pun sedih juga bila aku tengok rumah depa ni apabila aku lalu di kawasan pendalaman di Malaysia..macam inilah keadaan lumrah hidup di Malaysia...
dalam hati mereka ( orang miskin ) kami telah dilahirkan miskin, buat macam mana...tapi kita bersyukur dilahirkan dalam keadaan sihat..malah kita diminta untuk berusaha dan berdoa..amin....kepada yang senang diluar sana...bantulah mereka kalau ada duit lebih ye...

Tuesday, March 20, 2012

Semakan Keputusan SPM 2011

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Sekian, terima kasih. Kementerian Pelajaran Malaysia

Maklumat rasmi semakan keputusan keputusan SPM 2011 ini diperolehi daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Bilangan Calon SPM 2011 : 468,808
  • Tarikh Peperiksaan SPM 2011 : 4 November 2011 – 14 Disember 2011
  • Tarikh Keluar Keputusan SPM 2011 : 21 Mac 2012 (Rabu)              
                  Keputusan SPM 2011 boleh and perolehi melalui; 
  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 21 Mac 2012 ini.
  2. Calon persendirian akan menerimanya melalui pos atau menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
  3. Semakan Secara SMS                                                                

                    Semak Keputusan SPM 2011 Secara SMS 
Tarikh Keputusan SPM 2011 Semakan Keputusan SPM 2011
  1. Semakan secara SMS keputusan SPM 2011 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 21 Mac 2012 sehingga jam 12 tengah malam 27 Mac 2012.
  2. Format Semakan SMS : SPM [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888. Contoh: SPM 901023045657 BC0001A040. Hantarkan SMS ke 15888.
Selamat Menyemak ye....

Monday, March 19, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus...lebih 15,000 orang menghadiri kuliah beliau..di Penang dan Kedah

 Ustaz Azhar Di Penang , Padang Kota Lama

 Ustaz Azhar Bersama Golongan Muda , yang dahagakan Ilmu
 Bergambar Bersama Ustaz Di Padang Kota, Penang
 Ustaz Ziarah Peniaga Di Rope Walk , Penang
  Ustaz Ziarah Peniaga Di Rope Walk , Penang
 Ustaz Bergambar Kenangan Selepas Kuliah Di Masjid Negeri, Pulau Pinang
 Anak Murid ustaz Di Karangan Kulim Kedah
 Hadirin Tekun Mendengar Kuliah Ustaz Azhar
 sebahagian Ramai yang hadir di Kuliah Ustaz , Melebihi 10,000 orang di Pondok Ustaz Nan, Karangan kulim ,Kedah, Satu Fenomena Baru Di Utara Semenanjung...syukran...

Sunday, March 18, 2012

Alamak.!!!!..Ferrari lebih RM1 juta hangus di Lebuhraya Lekas


KEADAAN sebuah kereta Ferrari yang terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Lekas, Mantin semalam.


NILAI - Seorang lelaki hanya mampu melihat kereta Ferrari F430 bernilai lebih RM1 juta yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Mantin di sini semalam.
Difahamkan, ketika kejadian lelaki tersebut memandu jentera mewahnya itu dalam satu konvoi kenderaan menghala ke Seremban.
Bagaimanapun, enjin kereta itu tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum pemandunya yang berusia 50-an bertindak memberhentikan kenderaannya di tepi jalan sebelum ia terbakar.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kes itu kira-kira pukul 10.21 pagi.
"Apabila sampai di lokasi kejadian kereta itu sudah hangus sama sekali.
"Pemandu itu terselamat apabila sempat keluar dari kenderaannya sebelum kereta itu dijilat api," katanya di sini semalam.
Menurutnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan. KOSMO>>
Buat Macam mana kan..kera redha la....

Friday, March 16, 2012

Fuyooo...Makan Spageti Ada Kaki Lipas..Dapat Gantirugi RM 55,000



Spageti ada kaki lipas: Pensyarah dibayar RM55,000

16/03/2012 8:59pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen memerintahkan Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd. membayar ganti rugi RM55,000 kepada penyarah kolej swasta yang sakit selepas menikmati hidangan ”spageti bolognese” yang mengandungi kaki lipas.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara, menolak permohonan syarikat itu untuk kebenaran bagi merayu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md. Raus Shariff yang mengetuai korum itu bersama dua Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinater juga memerintahkan restoran segera itu membayar RM3,000 sebagai kos.
Anantham berkata, perintah ganti rugi RM55,000 kepada Goh Sze Ching itu membuktikan Mahkamah Sesyen menghantar isyarat yang jelas kepada restoran makanan segera supaya sentiasa menjaga kebersihan makanan.
Md. Rais berkata, “Ia adalah untuk kebaikan masyarakat.” — BERNAMA

Thursday, March 15, 2012

Makanan , Antara Dua Darjat...Golongan Marhaine.dan Elit / Korprat..

Ini Makanan orang Susah , makan nasi dengan kicap dan bubur sahaja...aku biasa makan nie...masa kecil dulu..








ini makanan orang kaya...makan mahal mahal,, ada sampai belanja hari Jadi sampai puluhan ribu...dan kenduri kahwin sampai ratusan ribu..fikir fikirkan lah

Wednesday, March 14, 2012

Apa yang menarik di Sipadan Jom Join

Ini Yang tak tahan tengok Ikan baracuda tu..huhu


 Ini dia  Sipadan Island Yang belum pernah aku sampai..hehe

Tuesday, March 13, 2012

Kreatif Atau Membahayakan Orang Lain





Gambar Di atas nampak macam kreatif..tetapi membahayakan orang lain...bawa sekadar yang perlu sudahla.....kalau terjatuh..menyusahkan orang lain pula..

Monday, March 12, 2012

Awas.III lolipop Berbahaya

S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam. Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu. "Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam. Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya. Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak. KOSMO

Sunday, March 11, 2012

Meminati Sukan Berbasikal




Pinjam sat dari google

salam buat semua..hari ini aku ingin kongsi bersama,...
Telah beberapa tahun aku meminati sukan berbasikal ni
mungkin semenjak dizaman remaja lagi...
dulu aku pernah beli dari kawan basikal ni yang berjenama Raleigh
manakala aksoserinya terdiri dari jenama Shimano..ori punya tau..

sebulan dua ni aku tengah survey nak beli sebiji yang sesuai
ialah nak cari yang sesuai dengan jiwa aku..
Harganya boleh tahan dari RM 800 hinggalah harga RM 5,000
Aku nak beli harga sederhana dahla..
Sukan bebasikal ni baik untuk kesihatan dari segi jantung
dan peredaran darah , supaya darah berjalan dengan sempurna..
ok ...sapa ada idea dimana murah bagitau ye...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung