Monday, March 12, 2012
Awas.III lolipop Berbahaya
S.M. MOHAMED menunjukkan lolipop yang disekat kemasukannya ke negara ini kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya pendafluor di Pulau Pinang baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.
"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak. KOSMO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
‘Sakit mata’ kerana dapat lihat jiran di bilik mandi, wanita nekad jual kediaman idaman kerana tiada privasi Selasa, 20 April 2021 8:45 AM...
-
Sebelum PKP 14 tahun asyik travel... kini jadi cleaner, gaji pertama hanya 3 angka tapi apa dilakukan pemuda ini besar sungguh pahalanya! ...
-
Padah perkosa 2 wanita di London, pemain ragbi dipenjara 18 tahun Ahad, 18 April 2021 7:00 AM Kretteis dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun...
-
Tak pernah gaduh selama 5 tahun duduk sebilik, 2 sahabat buat drama air mata di hujung semester - “Kami macam tak ready lagi nak pisah” Se...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Anwar Ibrahim hari ini gagal memperoleh kebenaran mahkamah bagi mencabar tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertu...

8 comments:
kerana hendak menarik perhatian kanak kanak..pengilang sanggup buat apa saja
salam.thx info..alamak.sy dh lah suke lolipop..hiiii
kenapalah berita mcm ni x di hebahkan di tv atau radio ?
hati hati ye
lol alamak bru je mkn tdy masa at kelas tmbahan..oh tidakkkk!!!dlm lolipop tu ada swinggum dlm tu..sedappp..=))
Bahaya dalam makanan.
la ni macam macam ..dijual kepada kanak kanak
bertindak bijak jgn anak2 menjadi mangsa...
Post a Comment