Nuffnang

Friday, March 31, 2017

Perghhh Sempoiii !!! Majlis Malam Inspirasi Usahawan MARA di Atas Feri Pulau Pinang











Majlis Malam Inspirasi Usahawan MARA Pulau Pinang yang berlangsung semalam diadakan di atas feri sambil makan ditiup angin laut sepoi-sepoi bahasa..
Majlis diadakan dari 8.00 malam sampai 11.30 malam, makan beramai2 sambil feri belayar sampai ke jambatan. Sapa2 nak booking buat majlis kawen ka apa ka ataih feri boleh roger Penang Port. Dimaklumkan minimum 250 orang ke ataih ja...
Sempoii. Mungkin ada orang Penang yang nak jado raja sehari atas feri kan?
Gambar : Nabila Fadil & Feri Pulau Pinang

Panass !!! Rasuah Sultan: Tan Sri serah diri kepada SPRM


rasuah
Gambar hiasan
PUTRAJAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas namanya dikaitkan cuba memberikan rasuah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Dia dikatakan cuba memberi rasuah berhubung penganugerahan pingat bergelar tan sri.
ADVERTISING

Individu itu bersama dua peguamnya tiba di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 6 petang tadi.
Terdahulu, media melaporkan beliau diberi tempoh sehingga 12 tengah malam ini untuk menyerah diri kepada SPRM.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, sekiranya individu terbabit gagal berbuat demikian, pihaknya akan menahan serta mendedahkan maklumat dirinya kepada media.
"Dia tahu kami sedang mencarinya, namun masih melarikan diri. Individu ini berketurunan Cina dan berkepala botak.
"Nama dia sudah disekat di lapangan terbang sekali gus tidak boleh ke luar negara dan dia juga masih berada di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada yang mahu jatuhkan imej saya']
Ahad lalu, Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan mendedahkan maklumat kepada SPRM berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda mengenai penganugerahan pingat.
Baginda mendedahkan menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu SPRM mengadap segera supaya perkara berkenaan dapat disiasat.

Thursday, March 30, 2017

Perghh Dahsyattt !!! Pekerja dilayan bagai hamba abdi


Pekerja dilayan bagai hamba abdi
Mustafar (kanan) turut sama dalam operasi terbabit bersama Hadzwan (tengah) sambil disaksikan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.
KLANG - Tindakan seorang lelaki bergelar Datuk memaksa 172 pekerjanya yang terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing bekerja 17 jam sehari dengan gaji serendah RM200 sebulan sejak setahun lalu terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu premis pemprosesan dan pemasaran burung walit, semalam.
Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, selain menahan lelaki berusia 29 tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa dokumen termasuk pasport milik pekerja terbabit

Ketua Pasukan Petugas Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang Kementerian Dalam Negeri, Deputi Superitenden Hadzwan Zulkefle berkata, operasi bersepadu tersebut adalah hasil risikan selama tiga minggu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua pekerja berusia 18 hingga 30 tahun itu telah dipaksa bekerja lebih daripada 17 jam dengan bayaran gaji tidak setimpal serendah RM200.
“Mereka juga dikecualikan daripada cuti umum serta dikenakan potongan gaji walaupun mempunyai sijil sakit daripada doktor,” katanya.
Menurut Hadzwan, semasa serbuan dibuat terdapat seorang pekerja wanita berusia 20 tahun telah pengsan disebabkan keletihan bekerja.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui berkata, pemilik premis serta pekerja ditahan untuk siasatan selanjutnya.
“Sebahagian terlibat jadi mangsa pemerdagangan, dan selebihnya terlibat dalam penyalahgunaan pas lawatan sosial.
“Kita lihat ada unsur-unsur eksploitasi dalam siasatan ini termasuklah gaji tidak dibayar dan lain-lain. Ini adalah satu tindakan bertentangan dengan undang-undang,” katanya.
Seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Tyas berkata, dia dimaklumkan tentang kerja kosong di premis terbabit melalui kenalannya di Indonesia.
“Dia beritahu saya akan dapat gaji RM900 gaji pokok. Kalau saya bekerja lebih masa dua jam sehari, saya akan diberikan tambahan gaji sebanyak RM338.
“Selepas sampai sini, ia bertukar sebaliknya dan kerja-kerja yang saya lakukan terpaksa dibuat dengan tempoh masa yang lebih panjang dari kebiasaan,” katanya.

Wednesday, March 29, 2017

Subhanallah : Fenomena belalai air di Jambatan Pulau Pinang MenyebabkanTrafik Perlahan


Fenomena belalai air

Fenomena belalai air di Jambatan Pulau Pinang.
GEORGETOWN - Pengguna Jambatan Pulau Pinang gempar setelah terlihat fenomena belalai air di sepanjang lautan di sini petang tadi.
Perkara itu kini menjadi tular di media sosial selepas beberapa pengguna jambatan itu sempat merakam kejadian berkenaan.
Petang kelmarin, kira-kira jam 5.45 petang, Pulau Pinang dilanda ribut kecil dan hujan lebat.
Mengikut salah sebuah klip video yang ditular, belalai air itu bergerak sehingga ke tengah Jambatan Pulau Pinang yang mana pada waktu itu, keadaan trafik agak perlahan disebabkan waktu puncak.
Kejadian yang berlaku dalam beberapa minit itu menarik perhatian orang ramai yang sedang terkandas dalam kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun, sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan kemalangan berhubung kejadian terbabit.
"Setakat ini pihak bomba tidak menerima sebarang laporan kemalangan atau kecederaan berhubung kejadian ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan, fenomena belalai air itu tidak merbahaya.
"Ketika hujan lebat, kelajuan angin sangat kuat terutamanya di tengah laut. Apabila ia bertembung dengan hujan, ia akan menyebabkan ribut taufan dan membentuk belalai air.
"Ia tidak merbahaya kerana ia hanya bergerak di permukaan air laut sahaja. Ia akan berakhir setelah hujan berhenti dan keadaan angin kembali seperti biasa," katanya

Tuesday, March 28, 2017

Perghh Dahsyatt !!! 16 kenderaan rosak, mencair di tempat parkir

16 kenderaan rosak, mencair di tempat parkir
Kenderaan yang terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia.
Kenderaan yang terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia.
AYER KEROH - Sebanyak 16 kenderaan rosak selepas terkena api dipercayai berpunca daripada bahan kimia  yang terdapat di dalam longkang di luar kawasan sebuah kilang plastik di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang kesemua kenderaan itu mencair dari bahagian bawah selepas terkena api di dalam longkang yang mengandungi cecair dipercayai jenis solvent.
Difahamkan, cecair bersifat peluntur itu adalah  lebihan limpahan dari tangki simpanan bahan kimia di bawah tanah milik kilang terbabit yang kemudian mengalir ke dalam longkang sepanjang 61 meter.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hadzar Hasan berkata, dianggarkan kira-kira lebih 2,000 liter bahan kimia itu yang mengalir dalam longkang sebelum dipercayai terbakar.
"Satu jentera dari Balai Bomba Ayer Keroh dan  sepasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) terdiri daripasa 20 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 1.41 petang.
"Sebaik sahaja sampai, pasukan keselamatan kebakaran terdiri daripada staf kilang tersebut telah memadamkan api yang merebak di dalam longkang sepanjang 200 kaki di hadapan kilang terbabit," katanya.
Menurutnya, akibat kejadian sebanyak 16 kenderaan staf  diparkir berdekatan longkang itu terbakar lima hingga 50 peratus dan tidak sempat dialihkan bagaimanapun bomba mengambil masa kira-kira empat jam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan
"Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun menjejaskan bangunan kilang dan pengurusan kilang bertindak cekap dan mengambil langkah awal dengan mengarahkan semua staf mengosongkan premis sewaktu kejadian.
"Setakat ini anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan forensik bomba," katanya.

Monday, March 27, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Pegawai imigresen ditahan kerana rogol tahanan


rogol
- Gambar hiasan
MELAKA TENGAH - Polis hari ini menahan seorang pegawai Jabatan Imigresen Melaka yang disyaki merogol seorang tahanan wanita warga Thailand di dalam Depoh Tahanan Imigresen, Machap Umboo, Alor Gajah, dua minggu lalu.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan berkata, suspek lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di pejabat jabatan berkenaan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
"Polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah hari ini untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Kita akan siasat juga dakwaan persetubuhan luar tabii berdasarkan laporan doktor yang membuat pemeriksaan terhadap mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-210 peringkat kontinjen di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, di sini, hari ini.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita Thailand mendakwa kakaknya dirogol seorang anggota Imigresen ketika proses rakaman percakapan di depoh berkenaan, 9 Mac lalu.
Wanita berusia 29 tahun yang turut ditahan di depoh sama membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Melaka Tengah, selepas dibebaskan.
Jabatan Imigresen yang turut menjalankan siasatan sudah memanggil pegawai berkenaan dan akan mengenakan tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002 jika terbukti penjawat awam itu melanggar peraturan.

Perghh!!! Gambar Tun Mahatir Dan Dato Nazri Makan cendol Saja.

 Program debat telah bertukar jadi program makan cendol..huhu




Saturday, March 25, 2017

Perghh !!! Sekali lagi Model Sambilan dihadapkan ke mahkamah


Sekali lagi dihadapkan ke mahkamah
Model sambilan, Ng Pei Ven, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
BUKIT MERTAJAM - Seorang model sambilan yang sebelum ini dilaporkan memandu melawan arus di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah.
Tertuduh, Ng Pei Ven, 19 membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Jamaliah Abd Manap selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa memandu kenderaan jenis Proton Gen 2 dibawah pengaruh dadah di Kilometer 134 Lebuhraya PLUS dari Plaza Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth, kira-kira jam 7.50 pagi, 14 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta lucut lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.
Terdahulu,Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin, selain meminta tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh sama bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jamaliah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin, selain mentapkan 12 Mei ini bagi sebutan semula kes.
Sebelum ini, Pei Ven yang didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah mengaku tidak bersalah selepas didakwa memasukkan dadah jenis syabu ke dalam badannya dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 beserta dua penjamin.
Dia yang didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 berdepan dengan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Friday, March 24, 2017

Perghhh!! Gambar Gambar Buaya Yang D Tangkap D Juru Penang.




Terkini! 
Penemuan buaya yang kami laporkan sebentar tadi akhirnya dapat ditangkap oleh pihak Bomba, JPAM dan bantuan orang ramai di Kuala Sungai Sembilang , Juru. Keadaan dah selamat harap ampa semua jangan duk panik.





Thursday, March 23, 2017

Dahsyat!!!Kakak beritahu dia dirogol’ Oleh Anggota Bertugas

ā€˜Kakak beritahu dia dirogolā€™
Depoh dipercayai lokasi wanita warga Thai dipanggil untuk proses rakaman percakapan. (Gambar kecil: Wanita yang didakwa menjadi mangsa rogol anggota imigresen.)
MELAKA - Seorang wanita warga Thailand mendakwa kakaknya dirogol seorang anggota jabatan imigresen negeri ketika proses rakaman percakapan dilakukan di Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah di sini, dua minggu lalu.
Wanita berusia 29 tahun dan telah berkahwin dengan lelaki tempatan itu berkata, perkara itu diketahui apabila kakaknya memberitahu semasa mereka berada di dalam depoh tersebut.
“Saya yang tinggal di Seremban datang ke Melaka dengan seorang kawan pada 7 Mac lalu untuk berjumpa dengan kakak yang bekerja di sebuah pusat urut di Melaka Raya.
“Tapi lebih kurang 11 malam, pusat urut itu diserbu pihak berkuasa menyebabkan saya, kawan, kakak dan dua lagi pekerja di situ semuanya warga Thai ditahan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Menurutnya, mereka semua dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo, Alor Gajah  kemudian dipanggil bagi sesi rakam percakapan keesokan harinya.
“Kakak saya orang pertama dipanggil masuk ke sebuah bilik oleh anggota lelaki dan keluar selepas 15 minit.u
"Kemudian giliran kami berempat pula disoal tapi semasa di bilik tahanan kakak cerita kejadian yang berlaku kepadanya.
“Kakak juga beritahu anggota lelaki berkenaan menyuruh mengadakan hubungan seks dengannya termasuk seks oral,” katanya.
Suri rumah itu berkata, dia dibenarkan keluar dari depoh berkenaan Isnin lalu manakala kakaknya dan tiga lagi wanita lain masih ditahan.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, pihaknya mengesahkan laporan berkenaan dan siasatan masih dijalankan Bahagian Siasatan Seksual dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Melaka.
Pengarah Imigresen negeri, Mohd Fauzi Abdullah pula ketika dihubungi Sinar Harian berkata, akan menyiasat dakwaan itu dan enggan mengulas lanjut.

Wednesday, March 22, 2017

Perghhh !!! Penganggur dituduh pecah tabung masjid


Tertuduh ketika di bawa keluar daripada bilik perbicaraan, pagi tadi.
TELUK INTAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mencuri duit tabung salah sebuah masjid di Hutan Melintang awal bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Iqmal Khalid, 20 dari Kampung Rungkup Kecil, Bagan Datuk hanya menundukkan muka memandang lantai ketika mendengar pertuduhan ke atasnya dibacakan juru bahasa.
Mengikut pertuduhan, Mohammad Iqmal telah melakukan pecah masuk Masjid Jamek Pekan Hutan Melintang menggunakan pemotong besi sebelum mencuri wang tunai dianggarkan RM6,000.
[ARTIKEL BERKAITAN:  Adik-beradik pecah tabung masjid]
Dia dituduh melakukan kesalahan berkenaan pada 5.40 pagi 6 Mac lalu dan didakwa di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.
Namun, Hakim Norita Mohd Ardani menetapkan 17 April depan untuk jatuh hukuman sementara menunggu laporan sosial tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ekoran tertuduh merupakan pesalah bawah umur.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Suffian Ja'afar manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Tuesday, March 21, 2017

Perghhh Dahsyattt Dan Gila !!! Onani dalam lif, pemandu van didakwa

Onani dalam lif, pemandu van didakwa
Mahkamah 
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu van sebuah kedai cat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di dalam lif, minggu lepas.
Mohamad Syahrul Azizi Shah Fri, 28, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som

Lelaki itu didakwa telah melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani sehingga air maninya mengenai seorang wanita yang berusia 34 tahun di dalam lif, sebuah pangsapuri, di Bandar Tasik Selatan, di sini, pada 7.50 pagi, 16 Mac lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu,  Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin tidak menawarkan sebarang jaminan.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli merayu supaya dibenarkan diikat jamin yang minimum dengan alasan dia berjanji tidak akan menganggu mangsa.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mendekati mangsa dan menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Ride To Thailand : Keindahan Jalan Jalan ke Hua Hin Thailand , Part 1

Singgah sebentar di Krabi untuk makan tgh hari 

Sila lihat Video sebelum terdelete..sempoiii





Bermalam di Khao LAk


Singgah Dengan Rakan Isi minyak


Lobster kegemaran Mat Salleh ..murah bagi depa RM 100 skg


Udang bosar ye..


Rehat lagi sini.


Monday, March 20, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Bunuh diri secara 'live' di Facebook

Bunuh diri secara 'live' di Facebook
Bunuh diri secara 'live' di Facebook
Indra membunuh diri secara langsung. -Foto Everipedia.
JAGAKARSA - INDONESIA. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Indra mengambil keputusan untuk membunuh diri dan menyiarkan aksi itu secara langsung di Facebook pada Jumaat.
Difahamkan tindakan itu diambil Indra kerana kecewa dengan nasib hidupnya lapor media tempatan Indonesia.
"Cinta itu bukan dengan mulut, cinta kasih sayang itu akan kau dapat saat di mana orang yang mencintai, mengasihi, menyayangi mu sampai akhir hayatnya hanya untuk mu," tulis lelaki berasal dari Jagakarsa, Jakarta Selatan, di Facebooknya lapor Liputan 6.
Tulisan itu difahamkan ditujukan kepada isterinya.
Dalam pada itu menurut jurucakap polis, pihaknya kini masih melakukan siasatan berhubung motif Indra membunuh diri.
"Ada dua kemungkinan, pertama kerana sakit hati ditinggal isteri dan anak, dan kedua mahukan perhatian di media sosial kerana menayangkannya di Facebook," ujar Ketua  Sub Bahagian Humas Polres Jakarta Selatan Kompol Purwanta.
Sementara itu jenazah Indra selamat dikebumikan di  TPU Jeruk Purut, Jakarta Selatan.

Saturday, March 18, 2017

Model sambilan mengaku tidak bersalah ambil dadah


Model sambilan mengaku tidak bersalah ambil dadah
Ng Pei Ven mengaku tidak bersalah ambil dadah jenis Amphetamine. - Foto Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM - Seorang model sambilan yang sebelum ini dilaporkan memandu melawan arus hingga menyebabkan kematian, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis Amphetamine di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, pagi tadi.
Tertuduh, Ng Pei Ven, 19, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap selepas didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mengikut pertuduhan, Pei Ven didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam, kira-kira jam 5 petang, Selasa lalu.
Sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Mahkamah Asisten Superitendan Md Azman Kadir menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan memohon perintah lapor diri di Jabatan Narkotik seminggu sekali.
Selain itu, Md Azman turut memohon kepada mahkamah agar lesen memandu tertuduh digantung sementara sehingga kes berkenaan selesai dibicarakan.
"Ia berikutan kes ini sudah menjadi perhatian umum dan mendapat liputan meluas, sekali gus menyebabkan orang ramai ingin tahu perkembangan status tuduhan.
"Malah, kejadian itu berlaku kerana tertuduh memandu di lorong bertentangan hingga menyebabkan kematian seorang lelaki, serta lima kenderaan lain turut terbabit dalam kejadian ini," katanya.
Jamaliah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin dan membenarkan permohonan supaya tertuduh melapor diri seminggu sekali di balai polis berdekatan.
Bagaimanapun, Jamaliah mengetepikan permohonan menggantung lesen memandu tertuduh susulan pendakwaan hari ini dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain menetapkan 12 Mei depan sebagai sebutan semula.

Friday, March 17, 2017

Perghhh DaHsyatt : Wanita terjun dari Jambatan Banting


Wanita terjun dari Jambatan Banting
(Gambar kecil) Keadaan mangsa yang lemas selepas terjun dari Jambatan Banting.
BANTING - Seorang wanita 50-an mati lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Banting ke Sungai Langat petang tadi.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku dari arah Klang ke Banting apabila orang awam bertindak memberhentikan kenderaan melihat operasi dan menyelamat oleh pihak bomba.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mangsa dalam lingkungan umur 50-an meninggalkan beg pakaian di atas jambatan bersama kad pengenalan sebelum terjun ke dalam sungai.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.
AKAN MENYUSUL.

Thursday, March 16, 2017

Perghhh ,, Pesalah Trafik Yang Lawan Arus Langgar Maut Pemandu Lain ..OKU

 Image may contain: 1 person, standing, shoes and indoor
 Ini potonya sebagai modeling


Wanita berusia 19 tahun yang memandu secara lawan arus sehingga menyebabkan kemalangan maut semalam berpesta dan mengambil dadah sebelum kejadian.
Suspek didakwa sedang khayal dan mendakwa ternampak sebuah lori besar yang menyebabkannya berpatah balik dan memandu secara lawan arus.
Suspek kini direman selama empat hari dan akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
· !Majestrit membenarkan pesalah OKU ini di tahan reman selama 4 hari.

Perghh !!! Video MPV Rempuh Motosikal Tular




Video MPV Rempuh Motosikal Tular



PETALING JAYA: Sebuah video yang dirakam pada petang Selasa menunjukkan sebuah kereta merempuh motosikal di persimpangan Pandan Indah kini tular.
Rakaman berdurasi 21 saat yang direkodkan pada pukul 4.25 petang menerusi kamera yang dipasang di papan pemuka sebuah kereta, dimuat naik oleh Ng Sin Ji, 26 di Facebook.



Ketika berita ini ditulis, rakaman tersebut dikongsi sebanyak 3,906 kali.
Video tersebut menunjukkan pelanggaran sebuah kereta Perodua Alza putih dan sebuah motosikal di mana masing-masing cuba melanggar lampu isyarat merah.
Pemandu kereta Alza merempuh motosikal berkenaan mengakibatkan penunggangnya terpelanting ke seberang jalan.
Penunggang motosikal dilihat terbaring kaku di jalan dan beberapa orang cuba membantunya.
Sin Ji ketika dihubungi The Star Online berkata, kereta itu memecut laju ketika lampu isyarat kuning sebelum bertukar merah.
Pada masa sama, penunggang motosikal yang menunggu di petak kuning dan kemudiannya menyeberangi jalan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar.
"Sukar untuk katakan siapa betul siapa salah kerana kedua-duanya melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi lampu isyarat," kata Sin Ji.
Menurut Sin Ji yang merupakan seorang pengurus sumber manusia, pemandu Alza memberhentikan keretanya bagi memeriksa keadaan penunggang motosikal terbabit.
"Penunggang motosikal terbaring di jalan dan tidak dapat bergerak," tambahnya.
Ditanya mengenai tarikh 1 Januari 2013 yang tertera pada bahagian kanan video, Sin Ji berkata, ia merupakan tarikh kamera di papan pemuka selepas ia ditetapkan semula setiap kali ia dipadam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Elias berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden.
"Saya telah periksa di Hospital Ampang, dan mungkin ada kes yang sama sebagaimana dalam video itu. Bagaimanapun, kita tidak menerima sebarang laporan," katanya.

9

Wednesday, March 15, 2017

Kisah Pengembaraan Yang Sensasi, Kesukaran Melepasi Kotaraya Bangkok


ini kota raya Bangkok


Ini stesen Keretapi Bangkok

Ini highway dia pening ooo..baru2 ni penulis  pi sana


Ini kota bangkok Semasa Siang , Kita pakai JPS pun pening nak keluar.. sebab tu aku suka , pi luar dari kota Bangkok.. Baru baru ini Penulis Ke Petchabun Dan Khau Kho Khon Khen.


Ini Video Menarik tiada semua orang ada Khas untuk Hampa Ja..sempoii Habaq ang.

Ini Route 12 Bridge.




Ini Route 12 Coffee Shop



Ride To Khao Kho Dengan kapchai Saja..hihi



Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung