Nuffnang

Thursday, March 30, 2017

Perghh Dahsyattt !!! Pekerja dilayan bagai hamba abdi


Pekerja dilayan bagai hamba abdi
Mustafar (kanan) turut sama dalam operasi terbabit bersama Hadzwan (tengah) sambil disaksikan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat.
KLANG - Tindakan seorang lelaki bergelar Datuk memaksa 172 pekerjanya yang terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing bekerja 17 jam sehari dengan gaji serendah RM200 sebulan sejak setahun lalu terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu premis pemprosesan dan pemasaran burung walit, semalam.
Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, selain menahan lelaki berusia 29 tersebut, pihak berkuasa turut merampas beberapa dokumen termasuk pasport milik pekerja terbabit

Ketua Pasukan Petugas Khas Majlis Anti Pemerdagangan Orang Kementerian Dalam Negeri, Deputi Superitenden Hadzwan Zulkefle berkata, operasi bersepadu tersebut adalah hasil risikan selama tiga minggu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua pekerja berusia 18 hingga 30 tahun itu telah dipaksa bekerja lebih daripada 17 jam dengan bayaran gaji tidak setimpal serendah RM200.
“Mereka juga dikecualikan daripada cuti umum serta dikenakan potongan gaji walaupun mempunyai sijil sakit daripada doktor,” katanya.
Menurut Hadzwan, semasa serbuan dibuat terdapat seorang pekerja wanita berusia 20 tahun telah pengsan disebabkan keletihan bekerja.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang ditemui berkata, pemilik premis serta pekerja ditahan untuk siasatan selanjutnya.
“Sebahagian terlibat jadi mangsa pemerdagangan, dan selebihnya terlibat dalam penyalahgunaan pas lawatan sosial.
“Kita lihat ada unsur-unsur eksploitasi dalam siasatan ini termasuklah gaji tidak dibayar dan lain-lain. Ini adalah satu tindakan bertentangan dengan undang-undang,” katanya.
Seorang pekerja yang mahu dikenali sebagai Tyas berkata, dia dimaklumkan tentang kerja kosong di premis terbabit melalui kenalannya di Indonesia.
“Dia beritahu saya akan dapat gaji RM900 gaji pokok. Kalau saya bekerja lebih masa dua jam sehari, saya akan diberikan tambahan gaji sebanyak RM338.
“Selepas sampai sini, ia bertukar sebaliknya dan kerja-kerja yang saya lakukan terpaksa dibuat dengan tempoh masa yang lebih panjang dari kebiasaan,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung