Nuffnang

Wednesday, December 29, 2021

Perghh !!! Long Tiger panjat bumbung, mahu terjun ke sungai

Long Tiger berjaya diberkas polis ketika cubaan melarikan diri.


PETALING JAYA – Lelaki Rohingya, Long Tiger bertindak memanjat bumbung serta cuba untuk terjun ke dalam sungai di belakang rumah rakannya di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Difahamkan, dalam operasi khas dijalankan kira-kira pukul 3 petang, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, berlindung di kediaman rakannya yang merupakan seorang lelaki berperwatakan wanita.

Sumber berkata, sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, suspek tersebut cuba meloloskan diri dengan memanjat bumbung rumah.

“Suspek yang mahu terjun ke dalam sungai di belakang rumah tersebut tidak berjaya selepas lokasi tersebut terlebih dikepung pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi, 15 Disember lalu, Ab. Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang, Melaka untuk perbicaraan dibawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor esok. -K! ONLINE

Tuesday, December 28, 2021

Perghh !!! Tidak tahan sejuk, lelaki pakai telekung tonton wayang

 


Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki memakai kain telekung di dalam panggung wayang. - TikTok

Tidak tahan sejuk, lelaki pakai telekung tonton wayang

Share on telegram

JAKARTA – Satu video  menunjukkan seorang lelaki keluar menonton wayang sambil memakai kain telekung tersebar di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com semalam.

Rakaman video itu  dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @wonderchilddd dan setakat semalam, ia telah mencatat lebih 200,000 tontonan kali dengan 5,500 tanda suka.

Klip video itu memaparkan seorang lelaki sedang menonton wayang bersama rakan-rakannya. Dia  memakai sehelai baju-T berwarna hitam dipadankan dengan kain telekung bercorak bunga.

Ads by Kiosked

Dia juga langsung tidak segan memakai pakaian tersebut.

Selepas disiasat, lelaki itu sebenarnya memakai seluar pendek di bahagian dalam dan menyarung kain telekung itu kerana bimbang berasa sejuk di dalam panggung wayang.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Betul juga, malah kain telekung juga mempunyai pelbagai motif yang cantik,” komen seorang netizen.

“Jaga-jaga, jangan sampai ibu anda mengamuk,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Monday, December 27, 2021

Tudia !! Gempar! Salman Khan dipatuk ular, rakan panik menjerit minta tolong nampak reptilia bahaya

 

Gempar! Salman Khan dipatuk ular, rakan panik menjerit minta tolong nampak reptilia bahaya

Salman Khan menyambut hari ulang tahun ke-56 pada Isnin.

MENJELANG hari ulang tahun kelahiran yang ke-56 pada Isnin, aktor terkenal Bollywood Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.

ADVERTISING

Insiden itu berlaku ketika pelakon berkenaan sedang duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di rumah ladangnya di Panvel.

Bagaimanapun peminat Salman tidak perlu bimbang kerana pelakon itu kini berada dalam keadaan baik apabila difahamkan dia dipatuk ular yang tidak berbisa.

Selepas enam jam menerima rawatan di hospital, Salman dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumah ladangnya itu.

Sumber yang rapat dengan pelakon itu mendedahkan kepada IndiaToday.in bahawa Salman merancang untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya secara sederhana.

Itulah sebabnya Salman turut menjemput beberapa rakan dan ahli keluarga terdekat ke rumah ladang itu.

"Kejadian berlaku pada malam Sabtu ketika dia sedang duduk dan berborak dengan rakan-rakannya. Dia kemudian merasakan lengannya disentuh secara tiba-tiba dan terus menyentaknya.

"Ketika itulah rakannya ternampak ular itu dan mereka segera panik dan menjerit meminta tolong," kata sumber itu.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung