Nuffnang

Sunday, March 21, 2010

Tekong Boleh Dipenjara, Denda


BACHOK - Kelmarin, seorang tekong sebuah bot nelayan kelihatan begitu bangga setelah berjaya membawa pulang seekor ikan yu paus seberat kira-kira dua tan untuk dipertontonkan kepada orang ramai di sebuah jeti di Tok Bali, Pasir Puteh.
Namun, kegembiraan itu bakal bertukar duka apabila tekong bot berkenaan yang merupakan warga Thailand mungkin berhadapan hukuman denda dan penjara kerana kesalahan memiliki haiwan yang dilindungi.
Malah, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub berkata, kes itu kini disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999.
“Mengikut akta ini, tindakan bukan sahaja boleh diambil kepada mereka yang menangkap tetapi juga terhadap mereka yang memilikinya walaupun ikan berkenaan sudah mati.
“Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, tekong tersebut sepatutnya membuat laporan kepada Jabatan Perikanan dan agensi terlibat selepas menemui ikan tersebut dan bukan membawanya pulang ke jeti. Kosmo
Ulasan : Kegembiraan tekong hanya seketika sahaja.. Nilai sirip ikan Yu yang bernilai RM 10,000 turut dirampas oleh pihak berkuasa Jabatan Perikanan. Itulah dikatan tiada rezeki.

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung