Nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

Anuar atau Rafizi Bakal Calun DUN Kajang.?

Speaker Selangor Hannah Yeoh mengesahkan kekosongan kerusi DUN Kajang petang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.Speaker Selangor Hannah Yeoh mengesahkan kekosongan kerusi DUN Kajang petang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.
Diantara yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.
Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.
Lee, 42, merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.
Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam PRU13.
Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.
Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari. – 27 Januari, 2014.

1 comment:

Unknown said...

RAMPASAN KUASA DI SELANGOR. PAS DAN DAP KENA LELONG ! KAH ! KAH ! KAH !

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung