Nuffnang

Wednesday, November 14, 2012

Tunang Sengkek....Tak ada duit Belanja Kawin...buat laporan polis kata kena rompak...

BaTU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.



“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

5 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

ya Allah....bodohnye laki tu..dah xde duit watpe nak kawin..kan dah nyusahkan org!

umiawadah said...

tak baik betul dia buat cam tu...

Anonymous said...

tu lah pihak perempuan jgn taruk tinggi sangat kesian dgn
pihak lelaki. Ambil yang wajib je....

Eye_nee said...

dia memilih utk menipu dari mengatakan yg sebenarnya...tanggunglah sendiri....

Anonymous said...

kalau ikut nasihat nana bam bam...baik berzina je

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung