Nuffnang
Wednesday, April 8, 2020
Tedia.. Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah
Bosan terperap gara-gara Covid-19, lelaki buat video main ski dalam rumah
Antara aksi yang dikongsikan oleh lelaki itu.
PERINTAH berkurung di beberapa negara bagi mengekang penularan Covid-19 memaksa orang ramai tidak meninggalkan kediaman mereka.
Dalam tempoh itu, banyak aksi kreatif ditayangkan dalam usaha menghilangkan kebosanan yang melanda.
Di Sepanyol misalnya, seorang pembikin filem berasal dari Jerman membuat video bermain ski di dalam rumah.
Kata Philipp Klein Herrero, 28, video menggunakan teknik stop-motion itu menerima hampir setengah juta tontonan setelah ia dikongsi.
Dia menggunakan teknik stop-motion dalam penghasilan video itu.
"Perintah berkurung menyebabkan rancangan dengan keluarga terpaksa ditunda.
"Jadi saya terfikir bagaimana mahu bermain ski tanpa meninggalkan rumah?
"Saya alihkan perabut, letak kamera dan pakai pakaian bermain ski. Kemudian saya ambil masa empat jam untuk sunting," katanya.
Bukan sekadar bermain ski, dia mahu video itu membawa mesej bermanfaat untuk orang ramai.
Ujarnya, apa yang penting penonton boleh tersenyum melihat video miliknya biarpun dunia sedang berduka dengan Covid-19.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
SADIS!!! Mayat Remaja Murtad Yang Tidak Diterima Bumi | Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata! Kisah (a) Dua...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Anggota polis ini sedaya upaya buat yang terbaik untuk pengguna jalan raya, tetapi masih dipandang hina oleh segelintir masyara...
-
Binatang pun panas..nak sejukan badan... Salam buat semua.. Ya sudah hampir 2 minggu hujan tidak turun...selalunya pada...
-
SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun depan. KUALA LUMPUR - ...
-
JOHOR BAHRU - Gara-gara tersilap memberikan nombor telefon bimbit, kereta milik seorang individu dipecahkan oleh individu yang berang ...


No comments:
Post a Comment