Nuffnang

Monday, February 28, 2022

‘Ghost of Kiev’ didakwa tumpaskan 6 pesawat Rusia

 

GAMBAR menunjukkan jet pejuang MiG-29 milik Ukraine. - Ukraine's Ministry of Defence


KIEV – Kisah seorang juruterbang Ukraine yang dikatakan menumpaskan enam pesawat Rusia tular di Twitter dengan pengguna laman tersebut berharap khabar angin yang tersebar di Ukraine itu benar, lapor akhbar Daily Star UK.

Kejayaan menewaskan lima atau lebih pesawat dalam pertempuran di udara adalah sesuatu yang amat luar biasa. Juruterbang yang digelar ‘Ghost of Kiev’ itu mungkin yang pertama mencatat pencapaian sedemikian pada abad ke-21.

Laporan berkaitan kepahlawanan juruterbang itu tersebar dalam kalangan anggota barisan hadapan dan pantas tukar di media sosial.

Dakwaan juruterbang ‘Ghost of Kiev’ membawa jet pejuang MiG-29 itu dilihat sebagai simbol harapan dengan beberapa video tular mengenai jenis jet sama terbang di langit Ukraine.

Menurut akhbar Sepanyol, Marca, juruterbang itu dipercayai menjatuhkan dua pesawat pejuang SU-35, satu pesawat SU-27, satu pesawat MiG-29 dan dua pesawat SU-25.

Pengguna di laman Twitter kecoh berkenaan kisah tersebut walaupun tiada laporan rasmi mengenai juruterbang berkenaan. 

“Ghost of Kiev melindungi beribu-ribu nyawa. Diberkatilah kamu, askar Ukraine yang berani,’’ demikian ciapan seorang pengguna.

“Membaca tentang Ghost of Kiev membuatkan saya meremang. Keberanian dan kecemerlangan penduduk Ukraine sebenarnya mungkin mempunyai peluang,” tulis netizen lain. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung