Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap..Laporan Audit Negara


Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin, sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu. Sumber Malaysiakini

8 comments:

Penulis Rindu said...

peniaga selalunya hendak kaut untung je..tanpa hiraukan kesihatan pelajar

Unknown said...

memang truk!!

sud@is said...

semasa nak dapat tender semua nya sanggup, bila duit depan mata, buat lebih kurang saja , asalkan ada ...

Lalinkfyza said...

Inilah realiti sebenarnya..sebelum dapat projek memang food testing ke semuanya bagus. bila dah dpt projek, buat ala kadar je asalkan lepas... macam mana la nak maju mcm ni kan. dunia oh dunia..

ghost said...

tak ikhlas langsung..mentang2 sekolah kat pedalaman ingat nak cong orang jer.

Salwa said...

sian budak2 nk makan.sanggup peniaga wt gitu.haih.

akubiomed said...

Apalah rezeki budak-budak pun nak kebas. Amanah yang dipertanggungjawab sepatutnya digalas dengan baik

angtuah said...

Kontrak kasi kroni, pengetua sekolah ambil harga terendah, jadi pembekal nak untung juga, dah le harga barang mahal, jadi main tangkap muat le, salahkan pengetua, jika pemberi makanan tidak mengikut menu yang dikeluarkan oleh kementerian,kenapa tak berhentikan pembekal.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung