Nuffnang

Monday, October 18, 2010

Mak Ooi...Betui Ka ..Harga Getah Naik RM 10 Hingga RM 12 Sekilo


Salam buat semua

Semalam Penulis membaca berita Kosmo yang menyatakan harga getah telah melambung naik . semalam harga getah SMR RM 10 hingga RM 12.oo sekilo ..betul ke nie.. setelah di semak memang betul..kita harap harga getah ini dapat kekal sehingga beberapa waktu ketika ini. Kenaikan harga getah sekarang bukan sahaja menimbulkan kegembiraan kepada penduduk kampong yang bergantung sumber rezeki kepadanya, malahan timbul pula rasa takut.

Semua ini gara-gara berleluasanya kejadian mencuri getah di kebun sekarang sejak harga getah dikatakan meningkat pada masa ini.

Akibatnya sejak dua bulan lalu, timbul pula budaya baru di kalangan penduduk kampung yang bergantung pendapatan dengan hasil menoreh getah iaitu terpaksa membina pondok dan tidur dalam kebun bagi mengelakkan getah mereka dicuri.

Menurut penduduk, senario baru ini sudah menjadi rutin di kalangan penduduk setempat, malah ada yang bergilir-gilir bersama rakan dan ahli keluarga menunggu di kebun getah sebaik ditoreh pada sebelah pagi.

Satu lagi harus diingatkan para penoreh getah , dalam masa kenaikan harga ni..beringat laha sama janganlah joli katak...simpan untuk hari mendatang. Kita tidak tahu hari ini harga getah naik esuk tak tau lagi....beringatlah ..

10 comments:

~~su manje~~~ said...

kalau naik pun bagus gak...teringat zaman dulu tolong arwah atok menoreh getah pagi pagi ....banyak nyamok...gigit kat teliga su...sekarang dh tinggal kenangan...
betapa beruntungnya su sekarang dh tak payah menoreh getah.....
Semoga arwah atok di tempatkan bersama sama dengan orang yang beriman amin..

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Ha.... esok2 kebun getah mulalah jadi pot baru bagi penyangak mengembungkan kocek seluar... Alhamdulilah... rezeki bagi penoreh getah..

nur anis said...

kesian bila dengar getah kena curi. penat-penat usaha toreh getah, orang lain senang-senang pula mencuri..

NER said...

Mintak2 la naik lama-lama..leh balik kampung raya aji ni tolong kutip sekerap. Huahua..kayo2

Cikgu Zahora said...

getah naik..
owh ikan. .
owh jayu balak..
cept la naik. hehe

Robot | Sakti said...

Alhamdulillah.
bagus jugaklah harga getah naik.
kesian orang kampung yg duk susah payah menoreh setiap pagi tu.

Dhiaqiud said...

mmg harga getah dh naik..tp tu la, getah skerap mak aku pun penah kene curi..sedey tau..penat mak aku menoreh tp kene curi..

Unknown said...

org2 yg mencuri ni mmg xda hati perut...kesian kt penoreh2 getah yg hempas-pulas buat keja...dh nk kna bgilir jg kebun lak...adoyaaaiiiiii

Hakeem Yusof said...

haha aku nak tanam pokok getah la :P

Penulis Rindu said...

buat masa ni Abu luqman pun ..dah tanam kat kebun keluarga..moga di berkati oleh Allah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung