Nuffnang

Monday, April 28, 2014

[ info ] 7 Gambar Kenderaan Rasmi Presiden Barack Obama tercanggih di dunia


Kenderaan Rasmi  Presiden Barack Obama tercanggih di dunia- Sepanjang 5 meter dan
 berat 8 tan di lengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm  dikenali sebagai "The Beast", 
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan 
ke Malaysia iaitu Cadillac One.





Semasa lawatan rasmi beliau, Presiden Barack Obama akan menggunakan khidmat 
kenderaan rasmi, "Cadillac One" (The Beast) yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan. 

The Beast adalah kereta buatan General Motors keluaran 2009. Ia mempunyai spesifikasi 
sangat khusus dan berfungsi seolah-olah sebuah kereta kebal.

The Beast berukuran sepanjang lima meter. Beratnya pula adalah lapan tan. The 
Beast dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya diperbuat daripada 
besi keluli, titanium dan seramik. 


Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang 
bom jalanan, malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan. Welcome
To Malaysia Mr Presiden. Dia kata bagus jalan di Malaysia tidak Jam..mana tidak jam polis 
buat sekatan jalanraya.

5 comments:

Langit Dan Bumi said...

PM kita tak nak order satu ke?

Anonymous said...

Tetap tidak dapat menghalang Izrail menjalankan tugas seandainya saat ajal telah tiba.

Anonymous said...

Alangkah baiknya kalau PM Malaysia ada sepasang kereta seperti ini. Setakat ini PM kita sudah ada sebuah pesawat rasmi. Jika PM disediakan kereta seperti ini sudah tentu imej Malaysia akan nampak setaraf dengan negara maju. Maju Malaysia!

Anonymous said...

Akhirnya sejak 1966 barulah Presiden US datang melawat ke Malaysia setelah mempunyai kereta yg canggih tsb?

Anonymous said...

The Beast juga memunyai fart filter yang mampu menapis bau kentut. Walauun kentut petai dan jering akan di tapis menggunakan nano lining activated carbon technology ciptaan NASA, yang akan menyuling dan menjadikan kentut tersebut wangi LAVENDER.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung