Nuffnang

Wednesday, June 23, 2021

Perghh !! Viral lukis potret TokTi, Vida... Zulin Aziz dapat banyak tempahan

 

Viral lukis potret TokTi, Vida... Zulin Aziz dapat banyak tempahan, tak berani ambil ‘order’ sebab belum habis belajar di Youtube

Zulin Aziz asah bakat melukis digital.

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz tidak menyangka lukisan potret beberapa selebriti tempatan yang dihasilkannya menjadi tular dan menerima pujian ramai.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 32, dia baharu sahaja berjinak-jinak dalam bidang lukisan digital seperti yang dikongsikan di laman Instagramnya.


"Saya baharu sahaja belajar melukis secara digital melalui Ipad yang baharu saya beli minggu lepas. Tak sangka ramai suka dengan lukisan saya itu malah ada yang suruh saya buka order untuk dijual.

"Tapi saya tak berani sebab banyak lagi nak kena perbaiki. Sebelum ini memang saya suka melukis sebab arwah ayah sendiri merupakan guru seni lukis... kiranya semua dalam ahli keluarga saya memang pandai melukis.

"Dulu saya melukis di kanvas cuma sekarang beralih kepada digital untuk lebih mengasah bakat dalam cabang ini pula," katanya ketika dihubungi mStar.



Zulin turut melukis potret Datuk Seri Vida dan Sheila Rusly.

Menerusi Instagram, Zulin berkongsikan potret lukisan digital penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dan juga pelakon dan produser, Sheila Rusly yang menerima pujian ramai.

Turut mendapat permintaan daripada rakan selebriti, Zulin berkata, dia masih lagi dalam proses pembelajaran dengan mengikuti tutorial di YouTube.

"Ada juga dapat request daripada rakan-rakan artis, tapi saya suruh mereka sabar dahulu sebab banyak yang saya kena perbaiki.

Sebelum ini memang saya suka melukis sebab arwah ayah sendiri merupakan guru seni lukis.

ZULIN AZIZ

PELAKON, PENGACARA

"Saya selalu melukis pun sebelum tidur sebab masa itu sahaja yang saya free, seharian sibuk dengan bisnes sambal resipi saya sendiri.

"Kiranya PKP kali ini saya tengok daripada sudut positif juga yang mana dapat belajar benda baharu iaitu lukisan digital. Ia juga berguna buat tujuan pemasaran bisnes kalau nak buat logo atau banner," ujarnya.

Mengakui lukisan digital tidak 'renyah' berbanding lukisan kanvas, Zulin berkata ia lebih menjimatkan masa.

"Saya puas lukis guna Ipad, selain ia jimatkan masa... kalau kita melukis kat kertas, kita kena tunggu kering dulu baru boleh tambah-tambah warna.

Zulin memang minat melukis sejak kecil.

"Teknik lukisan digital pun buatkan rumah kita tak comot, kalau tak di rumah saya ini memang ada satu sudut untuk saya berkarya lukis atas kanvas, memang comot tempat itu.

"Sekarang saya tak perlu lagi nak berkemas sebab semuanya mudah. Nampak macam senang, tapi sebenarnya kena ada teknik nak buat lukisan digital ini, kena rajin-rajin belajar di YouTube," katanya lagi.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan seni, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, segala aktiviti lakonan dan pengacaraan terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh baharu.

"Saya ada dapat job hosting program travelogue yang sepatutnya memulakan penggambaran pada bulan depan, tapi kita masih dalam keadaan PKP... saya cuma tunggu sahaja bila tarikh baharu yang akan diberi pihak produksi sebaik dibenarkan bekerja," katanya. Mstar


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung