Nuffnang

Tuesday, May 31, 2022

Perghh !!! Lagak samseng bawa padah, lelaki hayun objek tepi jalan diburu polis

 

Tangkap layar video seorang lelaki cuba membaling objek kepada sebuah kenderaan.

RAKAMAN memaparkan lagak samseng seorang lelaki yang menghayunkan objek ke arah sebuah kereta di Jalan Temiang-Pantai hangat diperkatakan sejak Ahad.

Penunggang motosikal itu dipercayai tidak berpuas hati selepas pemandu kereta membunyikan hon kepada kumpulannya yang sedang berjumpul di sepanjang lorong kecemasan di lokasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Samseng habis! Sudahlah berdiri di laluan ‘New Zealand’, rider ada hati nak hempuk kereta

Dalam perkembangan terbaharu, polis sedang memburu lelaki tersebut selepas rakaman berkenaan tular di media sosial.

"Terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

"Pada masa sama, rakaman dari kamera papan pemuka tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam," ujar Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam satu kenyataan pada Isnin.

Polis menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan halangan di atas jalan yang boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Malah, kes turut disiasat di bawah Seksyen 268(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam dan boleh didenda tidak melebihi RM400.

Dalam pada itu, polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

""Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat terhadap kes ini boleh salurkan kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

"Polis sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan dan mengingatkan kepada semua pihak untuk lebih bertanggungjawab serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya," ujarnya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung