Nuffnang

Saturday, February 1, 2025

Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi

 


Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini.

SEPANG – Lelaki yang menampar isterinya di khalayak ramai menerusi rakaman video tular baru-baru ini akhirnya telah ditahan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan berhampiran sebuah klinik di Kota Warisan, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

-Advertisement-

Beliau berkata, suspek berjaya dijejaki selepas enam hari menghilangkan diri selepas satu laporan polis dibuat ke atas suspek.

“Kami difahamkan selama ini suspek bersembunyi di dalam keretanya bagi mengelak dikesan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan kebenaran reman.

Sebelum ini, lelaki itu diburu polis susulan rakaman video tular memaparkan dia menampar isterinya di khalayak ramai di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Kota Warisan, di sini.

Perbuatam lelaki itu sempat dirakam orang awam yang kemudian berkongsi rakaman video itu di media sosial.

Norhizam sebelum ini dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara
selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tuesday, January 28, 2025

Buaya main hujan tengah jalan

 

Share on linkedin
Buaya tersebut dengan santai merangkak di tengah jalan di sebuah kawasan kejiranan ketika cuaca hujan. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor buaya merangkak dalam takungan air hujan di tengah jalan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Kejadian berlaku di Jalan H. Masdar, Kutai Timur, wilayah Kalimantan Timur pada Sabtu lalu.

Penduduk yang merakam kejadian itu berkata, buaya tersebut dengan santai merangkak di tengah jalan di sebuah kawasan kejiranan ketika cuaca hujan.

ADVERTISEMENT
Amazing Cool Gadgets 2

Dia mengekori pergerakan reptilia tersebut sehingga ia akhirnya melarikan diri.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen di platform Instagram.

“Bimbang kalau-kalau buaya itu berpatah balik ke arah perakam,” kata seorang netizen.

“Sebentar lagi pasti ibu buaya mencari dan memarahinya kerana bermain hujan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung