Nuffnang

Saturday, April 2, 2011

Jadikanlah Kita, Sebagai Insan Berfikiran Waras


salam buat semua..

penulis ingin menceritakan perihal kita, sebagai manusia yang waras dalam berfikir.
Kita berfikir dan bertindak bukan secara melulu atau mengikut hawa nafsu semata mata.
Jadikanlah diri kita , sebagai insan yang berguna dalam hidup ini..
kadang kadang rasa malu , dan marah pun ada di atas apa yang terjadi dewasa ini..
Kalau kita penulis atau pemberita..apa yang kita tulis..ingatlah akan hari pembalasan di akhirat.. sekiranya betul..kita mengaibkan orang..sekiranya salah..kita dapat dua. 1. Dosa aibkan orang..
2. Dosa fitnahkan orang..

maka fikir fikirkanlah...sahabat..dan rakan blogger

Friday, April 1, 2011

Di Sebalik cerita April Fool


salam buat semua,

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia. Sumber Wancyber.. Minda Muslim Ustaz Halim Nasir..sumber ni dari ustaz sahaja ..dalam buku Ilmuan Islam sahaja yang boleh dibaca.

Yang sedihnya ramai dari kita, terutamanya para pelajar tidak mengetahui perkaran ini turut merayakannya..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung