Nuffnang

Thursday, February 2, 2017

Dahsyatt : Jubah Ibu Tersangkut Punca Bayi Maut Jatuh Eskalator



Jubah Ibu Tersangkut Punca Bayi Maut Jatuh Eskalator




ANDIJAN: Hanya kerana jubahnya tersangkut ketika menaiki eskalator, seorang ibu muda berdepan situasi memilukan apabila bayi yang dikendongnya maut terjatuh pada ketinggian 12 meter.
Kejadian itu berlaku ketika ibu dan anak itu sedang menuruni eskalator di pusat membeli-belah O'zbegim di Uzbekistan.
Gambar daripada kamera keselamatan yang dimuatnaik ke laman sosial menunjukkan wanita itu sedang turun dari eskalator dari aras empat sambil tangan kanannya mendukung bayi itu, manakala tangan kirinya memegang seorang lagi anaknya.
Dengan tidak semena-mena, jubahnya tersangkut pada eskalator menyebabkan dia tidak stabil sekali gus bayinya terlepas dari tangannya dan terjatuh.
The Daily Mail melaporkan, kru kecemasan bergegas ke lokasi tetapi gagal menyelamatkan bayi berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila insiden tragik itu berlaku, begitu juga jantina bayi berkenaan juga tidak dapat diketahui sama ada lelaki atau perempuan. - The Straits Times

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/02/01/bayi-jatuh/#T2H4C5bDvd3s4Kj8.99

Wednesday, February 1, 2017

Dahsyat Tok Arab Buat Kecoh : Bawa 80 ekor Helang Naik Kapal Terbang



Kecoh 80 Helang Naik Kapal Terbang


Gambar yang menjadi tular di internet dan menimbulkan kekecohan di Reddit. -foto Reddit

MUSTAHIL untuk kita membawa 80 ekor burung pemangsa menggunakan kapal terbang, kecuali anda seorang Putera Arab Saudi yang mampu menyewa pesawat untuk tujuan itu.
Kejadian ini bukan lagi mustahil selepas gambar berpuluh-puluh ekor burung sedang bertenggek di tempat duduk penumpang sebuah pesawat menjadi tular.
Gambar itu disiarkan di reddit oleh pengguna bernama 'lensoo', yang berkata ia telah dihantar kepada mereka oleh 'seorang rakan kapten'.
Pengguna itu berkata 80 ekor helang itu telah dibawa masuk ke pesawat dengan sayap mereka diikat supaya mereka tidak boleh terbang.
Burung-burung itu dipercayai berada dalam penerbangan Qatar Airways tetapi ia tidak dapat disahkan.
Ia menimbulkan kekecohan di laman sosial, dengan ramai orang mempersoalkan dakwaan 'lensoo' sama ada benar ia adalah burung helang atau Falcon (helang kecil).
Pengangkutan burung Falcon menggunakan syarikat penerbangan di Timur Tengah agak biasa, dengan Qatar Airways membenarkan sehingga enam ekor burung jenis ini diangkut dalam kelas ekonomi, dengan harga antara £90 hingga £500 bagi setiap ekor burung bergantung kepada destinasi.
Difahamkan burung-burung ini sering diangkut untuk perburuan, dengan kerusi diperuntukkan dan mereka diletakkan di atas kain untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
Etihad juga memperuntukkan pengangkutan untuk burung-burung dan kenyataan di laman webnya menyatakan bahawa: "Kami menerima pengangkutan burung Falcon dalam kabin pesawat utama dengan syarat semua dokumen yang diperlukan telah diperolehi. Kami juga menerima burung Falcon sebagai bagasi berdaftar."
Burung Falcon adalah salah satu simbol Emiriah Arab Bersatu dan mereka layak mempunyai pasport sendiri untuk perjalanan udara, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memerangi penyeludupan.
Bagaimanapun, gambar yang jarang-jarang dapat dilihat ini mendapat pelbagai tindak balas.
Seorang pengguna berkata: "Bagi mereka yang tertanya-tanya, mungkin ini salah seorang kerabat diraja dari negara teluk yang mahu pergi memburu.
"Jika anda sering terbang dengan Etihad, Emirates atau Qatar, anda akan dapat melihat seseorang terbang di kelas pertama dengan burung Falcon duduk di sebelah mereka.
"Mereka mempunyai pasport sendiri supaya mereka boleh melakukan perjalanan untuk memburu dan ada undang-undang khas di negara-negara teluk untuk mengelakkan diskriminasi terhadap burung Falcon."
-sumber dailymail.uk

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung