Nuffnang

Monday, August 7, 2017

Perghh !!! Model Cun Diculik, Dilelong Secara Online





Model Diculik, Dilelong Secara Online



SEORANG model warga Britain diberi dadah sebelum diculik di Milan untuk dijual dalam satu lelongan secara dalam talian, kata polis Itali.
Mangsa, 20, tiba di ibu negara itu kerana terlibat dalam satu penggambaran yang diatur melalui ejennya.
Namun sebaliknya dia culik dan dikurung selama enam hari.
Warga Poland, Lukasz Herba, 30, yang menetap di UK, ditahan atas pertuduhan culik.
Pejabat Luar berkata mereka menyediakan bantuan konsular kepada wanita warga Britain itu.
Model yang tidak didedahkan namanya itu tiba di Milan pada 10 Julai lalu.
Dia tiba di sebuah apartmen pada keesokan harinya untuk sesi penggambaran sebelum diserang dua lelaki, kata polis.
Polis berkata wanita itu diberi dadah, digari dan dimasukkan ke dalam beg serta dibawa ke sebuah rumah di Borgial, barat laut Turin.
Mangsa dipercayai digari di sebuah almari kayu di dalam bilik tidur selama enam hari sebelum dibebaskan dan dibawa ke konsulat British di Milan.
Penyiasat berkata wanita itu berjaya diselamat selepas menyedari penculik melakukan beberapa lelongan secara dalam talian termasuk menyediakan penerangan dan harga pembukaan.
Penculik didakwa menggunakan akaun sulit untuk meminta ejen model membayar wang sebanyak 230,000 pound sterling bagi menghentikan wanita itu daripada dilelong secara dalam talian.

Thursday, August 3, 2017

Perghhh !!! Dahsyattt 'Doktor' gila seks perdaya tiga wanita mengandung


'Doktor' gila seks perdaya tiga wanita mengandung


Dr Mohammad Omar
Dr Mohammad Omar
KUALA TERENGGANU - Tiga wanita mengandung di Besut menjadi mangsa ‘doktor ‘gila seks yang meminta mereka melakukan perbuatan lucah melalui panggilan telefon dipercayai untuk kepuasan nafsunya, bulan lalu.
Lelaki yang menyamar sebagai pakar perubatan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) bernama Dr Haji Abu Bakar itu akan menghubungi mangsa dan memperdaya mereka mengikut arahannya.
Antara arahan lucah doktor palsu tersebut adalah meminta mangsa mengurut payudara dan memegang tempat sulit sambil mengeluarkan bunyi dengan alasan sebagai usaha mengubati sakit yang dihidapi mangsa.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, ketiga-tiga mangsa tidak menyedari ditipu kerana maklumat diberikan lelaki itu mengenai mangsa adalah betul.
“Ini kerana lelaki ini telah menyamar sebagai pakar dari Hospital Besut menghubungi sebuah klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Besut meminta maklumat 12 ibu mengandung anak sulung kononnya untuk dibuat kajian.
“Jururawat bertugas telah memberikan butiran lengkap  12 ibu sebagaimana diminta tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.
Bagaimanapun kata beliau, selepas itu jururawat terbabit berasa curiga lalu menghubungi Hospital Besut bertanyakan mengenai  pakar berkenaan namun dimaklumkan tiada pegawai perubatan bernama Dr Haji Abu Bakar di sana.
Selepas mendapat pengesahan, pihaknya terus memberi peringatan kepada 12 wanita yang terlibat namun tiga daripada mereka sudah menjadi mangsa doktor gila seks terbabit.
Klinik berkenaan kemudian membuat laporan polis pada 18 Julai lalu manakala nombor telefon yang digunakan lelaki tersebut gagal dihubungi.
Berikutan kejadian itu, JKNT mengeluarkan satu pekeliling larangan pemberian sebarang maklumat mengenai pesakit melalui panggilan telefon kepada semua hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.
“Saya juga minta mana-mana pesakit yang pernah mendapat panggilan seumpama ini agar tampil membuat pengesahan dengan kita dan laporan polis,” katanya.
Menurut Dr Mohammad, ini merupakan kali ke-3 penipuan seumpama ini berlaku selepas tahun 2010 dan 2013 yang mana doktor palsu gila seks itu menggunakan modus operandi sama

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung