Nuffnang

Wednesday, June 6, 2018

Perghhh Tediaa !!! Seluar dalam Izzue Islam laris dalam masa 3 hari

Seluar dalam Izzue Islam laris dalam masa 3 hari



PELAKON dan penyanyi Izzue Islam tidak menyangka usahanya menjual pakaian dalam lelaki atau boxer mendapat sambutan luar biasa meskipun ada segelintir pihak skeptikal dengan perkara itu.
Dedah Izzue atau Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, boxer tersebut yang sepatutnya dijual bersempena sambutan hari raya habis hanya dalam masa tiga hari ketika ia dilancarkan sebelum bulan Ramadan.
"Memang ada orang macam pelik apabila saya cakap nak jual boxer tetapi saya tak kisah dengan apa juga pandangan orang terhadap saya.
"Pada saya ia tidak pelik pun kerana ia adalah benda yang menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita.
"Alhamdulillah percubaan saya nampaknya membuahkan hasil dan semua boxer itu habis terjual dalam masa tiga hari sahaja," katanya kepada mStar Online.

Izzue Islam.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak kisah dengan pandangan serong masyarakat kerana apa dilakukan bukan satu kesalahan.
Malah kata Izzue, dia merancang untuk mengeluarkan boxer berkenaan dalam kuantiti lebih banyak selain pilihan pelbagai sebagai salah satu produk bawah jenamanya, IzzuExclusive.
"Sebelum ini saya memang keluarkan sedikit sahaja kerana nak tengok pasaran macam mana dan tak sangka pula sambutan sangat luar biasa.
"Saya dah pun merancang untuk keluarkan kuantiti lebih banyak selepas ini dengan rekaan dan corak pelbagai bagi membolehkan penggembar boxer membuat pilihan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Izzue berkata, bersempena Aidilfitri nanti dia bakal muncul menerusi beberapa drama seperti Tok Adi dan Din Sardin.
Selain itu dia juga akan muncul menerusi slot Akasia di TV3 menerusi drama bersiri Jangan Bencinta Cinta.

Tuesday, June 5, 2018

Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara


Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/06/05/06/05/tommy%20thomas.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Tommy Thomas
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan  pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.
Dalam  kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Setelah mengambil  kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat  boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.
“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir telah  mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad  Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.- Bernam

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung