Nuffnang

Friday, January 4, 2019

Wanita dakwa hidup semula selepas mati 20 minit, kongsi cerita pelik yang dialaminya



Kejadian itu berlaku pada 2012. FOTO: GETTY/GEOFF ROBINSON
SATU perkara yang mustahil, namun seorang wanita mendakwa dia pernah meninggal dunia sebelum kembali hidup setelah terlibat dalam kemalangan ski, beberapa tahun lalu.
Rhianna Shaw, 29, berkata, dia sudahpun meninggal dunia akibat kemalangan sewaktu bermain ski pada 2012.
Menerusi kejadian itu, Rhianna sedang bermain ski bersama beberapa kawannya di resort ski St Anton, Austria.
Ujar Rhianna, kejadian itu bermula apabila dia berlanggar dengan seorang peluncur ski sebelum terjatuh 200 meter dari gunung itu.
"Perlanggaran itu sangat kuat. Ia menyebabkan keretakan pada kawasan itu dan saya jatuh 200 meter.
"Tiba-tiba saya berhenti bergerak, tak boleh melihat. Apa yang saya rasa, saya tak boleh bernafas.
"Saya cuba menjerit tetapi tiada siapa yang dengar. Selepas itu saya rasa tenang. Saya mula berjalan dengan tenang dalam hutan besar. Semua pokok hijau dan besar," katanya sewaktu menggambarkan kehidupan selepas mati.
Tambahnya lagi, dia menggambarkan situasi selama 20 minit itu sangat terang, berangin dan menenangkan.
Namun kata Rhianna, tubuhnya yang diliputi salji akhirnya ditemui rakan-rakannya sebelum dia berjaya bangkit dan kembali hidup semula, dakwanya.
"Mujurlah saya ditemui mereka. Mula-mula mereka lihat alat ski saya sebelum nampak bahagian kaki.
"Muka saya masa tu memang putih dan tiada denyutan nadi. Sewktu sedar, saya lihat kawan saya sedang cium saya, sangat pelik," katanya. - Daily Star.

Thursday, January 3, 2019

Terima kasih ALLAH kerana masih diberi peluang


Penyanyi, Elyana

PENYANYI, Elyana, berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana masih diberikan peluang untuk melangkah ke tahun baharu.
Erneelya Elyana Emrizal, 31, menzahirkan kesyukuran itu di akaun Instagramnya, semalam.
Pada masa sama, penyanyi Tak Tercapai Akalmu ini menganggap kenangan pada 2018 dijadikan sebagai satu memori indah.
"Semua yang pahit telah aku tukarkan menjadi manis semuanya.
"Kepada musuh ku kanser, please be nice to me. Dah tahun 2019, tak boring ke lapan tahun duduk dalam badan saya?," luahnya.
Penyanyi lagu Niat ini juga berharap di tahun 2019 dapat menjadi seorang yang lebih cekal dan tabah dalam menghadapi ujian mendatang.
"Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal, tetaplah menjadi diri mu, tetaplah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.
"Please untuk tahun 2019 ini, jangan cepat putus asa sebab saya tahu awak kuat Nana! Semoga menjadi manusia yang lebih baik!," katanya.
Elyana yang menghidap penyakit kanser ini turut mengambil peluang berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa memberikan sokongan moral kepadanya.
"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberi ku peluang untuk melangkah ke 2019.
"Semoga aku menjadi hamba mu yang lebih baik Ya Allah. Terima kasih korang semua untuk tahun 2018," akhirinya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung