Nuffnang

Saturday, May 8, 2021

Tertinggal bas selepas perlawanan, pemain bola berkejar tengah jalan

 

Tertinggal bas selepas perlawanan, pemain bola berkejar tengah jalan

Ovidiu Hoban berkejar di jalan selepas bas pasukan meninggakannya.

PEMAIN bola CFR Cluj, Ovidiu Hoban dibiarkan berlari di jalan selepas bas pasukan itu meninggalkannya.

Dalam kejadian lucu pada Khamis itu, bintang kelahiran Romania itu berkunjung ke Academica Clinceni untuk perlawanan Liga I.

Pasukan itu mencatatkan kemenangan di Stadionul Clinceni dengan 1-0 menerusi jaringan pemain Catalin Itu.

Ketika bas Cluj beredar, pemandu terlupa pemain tengah itu masih belum menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi satu klip yang dikongsi di laman sosial Reddit, kelihatan Hoban sedang mengejar bas tersebut yang sedang bergerak.

Beliau kemudian menumpang sebuah kereta dalam cubaan untuk mengejar bas tersebut.

Namun, jarak antara Stadionul Clinceni dan Cluj-Napoca adalah kira-kira 450 kilometer (km), maka tidak hairanlah mengapa Hoban begitu terdesak mengejar bas kelabnya itu. - Daily Star


Friday, May 7, 2021

Tediaa !!! Lelaki viral gara-gara sembur racun serangga dalam mulut akhirnya meninggal dunia

 

Lelaki viral gara-gara sembur racun serangga dalam mulut akhirnya meninggal dunia

I Wayan Merta atau Ki Galang Pamungkas meninggal dunia kerana serangan jantung. Foto: URL

SEORANG lelaki yang pernah tular di media sosial kerana tindakan beraninya menyembur racun serangga ke dalam mulut, dilaporkan telah meninggal dunia.

Keluarga I Wayan Merta, yang juga dikenali sebagai Ki Galang Pamungkas, bagaimanapun mengesahkan kematian pakar spiritual dari Bali, Indonesia itu tidak berkaitan dengan aksi berbahaya yang pernah dilakukannya.

Sebelum ini tular video memperlihatkan lelaki berkenaan selamba menyembur racun serangga ke dalam mulutnya, sambil bersila dan tidak memakai baju.

Rata-rata netizen terkejut dengan berita kematiannya pada Ahad lalu, dan membuat tanggapan bahawa ia adalah kesan daripada bahan kimia beracun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun begitu tanggapan berkenaan disangkal adiknya, Saputra dan menjelaskan bahawa kematian abangnya adalah kerana serangan jantung berdasarkan rekod perubatan yang dikeluarkan doktor.

Saputra menambah bahawa video tular abangnya itu dirakam lebih dua tahun lalu. - Dailystar

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung