Nuffnang

Wednesday, June 2, 2021

TUDM pintas 16 pesawat tentera China hampiri ruang udara Malaysia

 

TUDM memintas pesawat milik tentera China yang cuba memasuki ruang udara negara pada Isnin.

TENTERA Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan 16 pesawat milik tentera China memasuki ruang udara Malaysia pada Isnin (31 Mei).

"TUDM mengesahkan telah mengesan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional," katanya dalam satu kenyataan Selasa (1 Jun).

"Pesawat itu dikesan terbang dalam formasi taktikal 'in-trail' sekitar 60 batu nautika (111km) antara satu sama lain," kata kenyataan itu.


Ia menambah bahawa pesawat tersebut dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang Zon Maritim Malaysia (ZMM) Kota Kinabalu FIR.

Susulan kejadian itu, pihak TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Jelasnya, pemantauan menerusi radar pertahanan udara diteruskan ke atas pesawat-pesawat tersebut di samping beberapa percubaan untuk mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara KK FIR.

"Apabila arahan tidak dipatuhi dan didapati melangkaui persempadanan KK FIR menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat-pesawat pemintas pada jam 1.33 petang waktu tempatan untuk melakukan identifikasi visual.

"Hasil daripada pemintasan udara yang dilaksanakan, TUDM telah mengenal pasti pesawat-pesawat tersebut daripada jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi," katanya.

TUDM menegaskan insiden tersebut merupakan ancaman serius terhadap kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan, dan menambah Kementerian Luar Negeri juga telah dimaklumkan mengenainya. - THE STAR


Tuesday, June 1, 2021

Fuh..Tedia !!! Juruterbang kantoi tonton video lucah dalam kokpit ketika penerbangan Di Tepinya Pembatu Juruterbang Wanita.

 

Juruterbang kantoi tonton video lucah dalam kokpit ketika penerbangan

Michael Haak berkhidmat dengan Southwest Airlines selama 27 tahun. -gambar hiasan foto AFP

SEORANG pesara juruterbang mengaku menonton video lucah menerusi komputer riba ketika penerbangan.

Salah laku Michael Haak, 60, yang berkhidmat di Southwest Airlines, itu turut diketahui oleh pembantu juruterbang wanita.

Kejadian berlaku dalam penerbangan dari Philadelphia ke Florida di Amerika Syarikat (AS).

Dia mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh itu dan dijatuhi hukuman satu tahun percubaan tanpa pengawasan dan denda AS$5,000 (RM20,624).


Haak, yang merupakan kapten dalam penerbangan pada 10 Ogos tahun lalu, dibantu oleh pembantu juruterbang wanita yang belum pernah ditemuinya sebelum ini.

Pendakwa raya mengatakan bahawa setelah pesawat mencapai ketinggian penerbangan, dia didapati bangun dari tempat duduk juruterbang.

Tambah pendakwa raya, Haak yang masih dalam kokpit pesawat ketika itu dengan sengaja menonton video lucah menerusi komputer riba.

Media melaporkan bahawa selain tindakan itu adalah salah, Haak turut dimaklumkan bahawa ia menyebabkan kesan trauma kepada pembantu juruterbang.

Haak berkhidmat sebagai juruterbang untuk Southwest Airlines selama 27 tahun hingga bersara.

Penerbangan terakhirnya pada 31 Ogos tahun lalu, tiga minggu selepas insiden berlaku. - Daily Star


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung