Nuffnang

Friday, October 28, 2022

[V] Perghh !!! Penangan Zul Karipin! Karipap Abag Sado Laku Kerassss !!

 


[V] Penangan Zul Karipin! Video tak payah tunjuk lokasi gerai, tiba-tiba diserbu... terus kena tambah 20kg tepung

Aqil meraih perhatian selepas tular videonya bekerja di gerai karipap donat.

"KALAU macam ni, saya sanggup makan karipap setiap hari."

Begitulah hebatnya penangan seorang pemuda berbadan sasa yang bekerja di sebuah gerai menjual karipap dan donat.

Difahamkan, gara-gara beberapa fotonya yang dihimpunkan dalam video di laman sosial, gerai yang terletak di Seksyen 4, di Bangi, Selangor itu meraih sambutan yang luar biasa.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menggelarkan pemuda ini sebagai 'Zul Karipin', dipercayai disebabkan badannya yang sasa seperti pelakon Zul Ariffin dan kuih karipap yang dijual.

zul karipin 9

Aqil bekerja di gerai karipap donat di Seksyen 4, Bangi.

Bercakap kepada mStar, pemuda sado berkenaan, Muhammad Aqil Mohamad Akhir mengakui pada mulanya dia sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan video tersebut dan hanya mengetahuinya dari rakan-rakan dan para pelanggan.

Menurut pemuda berusia 23 tahun itu, dia baru bekerja di gerai tersebut sejak dua bulan lalu.

"Saya kerja sebagai cashier dan kendalikan staf di gerai. Saya terkejut orang datang tanya 'abang ni yang viral kan?''. Saya pun 'jam' tak tahu nak cakap apa.

"Ramai juga yang tegur saya tentang badan saya, dan ada yang mahu buat badan macam saya juga," katanya ketika dihubungi mStar.

Zul Karipin 10

Gerai karipap donat di tempat Aqil bekerja mendapat sambutan.

Merupakan 'kaki gim' dan juga jurulatih kecergasan peribadi, maka tidak hairanlah pemuda yang lebih mesra disapa Aqil ini mempunyai badan tegap dan lengan berotot.


Malah, anak muda yang berasal dari Selayang, Selangor ini juga menyertai beberapa kejohanan bina badan dan pertandingan badan cantik.

"Saya buat sesi personal training pada waktu malam selepas berniaga. Saya juga selalu sertai pertandingan seperti Top 20 Mr Badang Asia pada 2019 dan Top 10 Rakan Muda pada 2021.

"Masa terluang memang saya selalu habiskan dengan bersenam di gim selain melepak. Saya workout sebanyak enam kali dalam seminggu," kata pemuda berketinggian 174 sentimeter itu.

Video yang memaparkan beberapa foto Aqil di gerai meraih lebih 760,000 tontonan di TikTok.

zul karipin 8

Aqil sering meluangkan masa dengan bersenam di gim.

Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, gerai tersebut menjual karipap kentang, karipap sardin, donat, pau kacang dan rojak pasembur.

"Alhamdulilah lepas viral ni saya nampak orang makin ramai beratur. Dalam masa sejam tu tak boleh kiralah. Alhamdulilah dah tambah 20 kilogram (kg) tepung dalam sehari.

Saya terkejut orang datang tanya 'abang ni yang viral kan?''. Saya pun 'jam' tak tahu nak cakap apa.

AQIL

"Jika sebelum ni kami buat dalam 40kg sehari, sekarang dah naik dalam 50 hingga 65kg sehari, pekerja pun dah bertambah.

"Walaupun video tu hanya menghadap saya saja dan tak tunjuk langsung gambar gerai, tapi ramai pula yang nak tahu lokasi gerai di mana," katanya.

zul karipin 7

Aqil bercita-cita untuk mengusahakan kedai kek.

Mengidolakan ahli bina badan terkenal Chris Bumstead (CBUM) dalam bidang kecergasan, Aqil juga mengagumi pelakon sado, Zul Ariffin.

Mengenai ramai netizen melabelkannya sebagai Zul Karipin yang mengaitkan dirinya dengan tunjang utama filem Tablis Iblis itu, Aqil secara berseloroh menjawab: "Saya takut lepas ni Zul Arifin susah nak cari makan je la."

Siapa sangka di sebalik minatnya dalam bidang kecergasan, pemuda ini juga gemar membuat kek dan manisan.

"Sebelum ini saya pernah bekerja di kedai kek. Saya bercita-cita nak mengusahakan kedai kek pada masa akan datang," katanya.


Thursday, October 27, 2022

Pelantikan Rishi Sunak ditolak Mapim


Mohd. Azmi Abdul Hamid

SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan Perdana Menteri Britain yang baharu, Rishi Sunak.

Menurut Presiden Mapim, Mohd.Azmi Abdul Hamid, pihaknya berpendirian sedemikian berpunca dari kenyataan Rishi yang telah menggelar Baitulmaqdis sebagai ‘ibu kota bersejarah Israel’ dan pendiriannya yang berikrar untuk memerangi gerakan ‘Boycott, Divestment and Sanctions’ (BDS) oleh rakyat Palestin terhadap rejim Zionis.

“Rishi yang merujuk negara Yahudi sebagai ‘suar harapan yang bersinar,’ menyatakan keazaman untuk menghapuskan ‘bencana’ antisemitisme adalah gambaran bagaimana Perdana Menteri United Kingdom (UK) kekal sebagai penyokong konsisten Yahudi Zionis sejak Deklarasi Belfour.

“Pengisytiharan Rishi sebagai penyokong kuat Israel dan rakan komuniti Yahudi UK bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sesiapa yang duduk di kerusi Perdana Menteri hanya akan disokong jika pendirian menyokong Israel diterima sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini, Rishi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi Perdana Menteri Britain berketurunan India pertama dan termuda dalam arena politik negara ini.

Kejayaan Sunak turut diraikan pemimpin dan rakyat India termasuk Perdana Menteri, Narendra Modi, apabila laman sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pemimpin berusia 42 tahun itu yang memperoleh kejayaan istimewa ketika perayaan Deepavali disambut di seluruh dunia.

Mohd. Azmi berkata, Rishi mengambil inisiatif Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai “ibu kota bersejarah yang tidak dapat dipertikaikan” Israel.

Jelas Mohd.Azmi lagi, UK kembali mengembalikan peranannya untuk memperjuangkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan bersedia untuk menjadi alat di bawah Israel.

“Kami mengingatkan Rishi bahawa dia bermain dengan api semasa menjadi Perdana Menteri.

“Mengisytiharkan sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Israel dalam beberapa hari pertama memegang jawatan menandakan bahawa UK akan berkonfrontasi dengan umat Islam di UK dan dunia,”katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menyeru semua umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan menentang Perdana Menteri fasis UK.

Beliau menambah, pengisytiharan perangnya terhadap BDS dan anti-semitisme menggambarkan kesediaannya untuk menjadi PM boneka bagi zionis Israel.

“Kami menuntut apa-apa dasar yang akan dia lakukan dalam mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel mesti ditentang dalam tempo yang paling kuat,”katanya. –UTUSAN

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung