Nuffnang

Wednesday, July 26, 2023

[VIDEO] Datuk ‘stres’, ajar cucu baru kahwin bergambar

i

Tangkap layar seorang warga emas mengajar cucunya yang baru berkahwin untuk bergambar bersama suami.

PETALING JAYA – Seorang warga emas tidak dapat menahan ‘stres’ apabila cucu perempuannya yang baru bernikah kelihatan malu-malu untuk ‘posing’ (bergambar) bersama pasangannya.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian Aniz Ridzwan di TikTok, lelaki tersebut yang dipanggil Tok Wan dilihat segera tampil ke depan dan mengajarnya untuk ‘bergambar manja’ bersama suami.

“Bila Tok Ayah stres tengok cucu dia yang baru kahwin tak reti posing sebagai suami isteri, ” tulisnya pada kapsyen.

Ads by Kiosked

Orang ramai yang menonton video tersebut terhibur dan menyifatkan datuknya itu seorang yang memahami manakala pasangan pengantin baharu itu pula ‘comel’.

“Tokwan sporting betul, comel ja pengantin baru, malu-malu,” komen Kak Izzah.

“Kena tonyoh ha. Atok mesti geram,” kata Hannis.

“Sumpah comel gila,” ujar Pinol Store.

Sejak ia dikongsikan pagi tadi, video tersebut berjaya mendapat 584,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

Friday, July 21, 2023

Bapa Juntai anak terbalik di luar tingkap rumah

 


Lelaki itu menghukum anaknya kerana tidak membuang air kecil di dalam tandas. - SCMP/Baidu

BEIJING – Seorang budak perempuan di China dipegang secara terbalik oleh bapanya di luar tingkap rumah mereka sebagai hukuman kerana membuang air kecil di tempat yang salah, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

ADVERTISEMENT
Ads by

Lelaki yang identitinya tidak dikenali dan berasal dari wilayah Liaoning, timur laut China itu dikecam orang ramai selepas video perbuatannya menjadi tular.

Berdasarkan rakaman, lelaki itu memegang buku lali anak perempuannya dalam keadaan tergantung di luar tingkap flat mereka.

Budak perempuan itu dipercayai berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun. Mangsa menangis meminta tolong dan menjerit perkataan ‘ayah, ayah’.

Tanpa menghiraukan jeritannya, lelaki itu terus menggantungnya di udara dan memberi amaran kepadanya supaya tidak mengeluarkan bunyi

“Mengapa kamu tidak membuang air kecil di dalam bilik air? Kamu lebih suka membuang air kecil dalam bilik kan?” katanya.

Menurut jiran mereka, kejadian itu berlaku selama dua hingga tiga minit dan berakhir apabila anaknya berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya.

Kejadian itu tular di media sosial dan orang ramai meluahkan rasa simpati mereka terhadap budak perempuan itu.

“Dia tidak layak menjadi bapa,” kata seorang netizen.

“Dia yang sepatutnya dihukum,” komen netizen lain. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung