Nuffnang

Thursday, August 8, 2024

[VIDEO] Gara-gara Kunlavut, ramai wanita nak ‘pindah’ Thailand

 

Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – Kelebihan jaguh badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn bukan sekadar diperkatakan ketika beraksi di gelanggang, malah rupanya yang kacak turut rancak dibualkan para wanita.

Namun, menerusi sebuah video yang memaparkan suasana ketibaan Kunlavut di Thailand dari Paris, hari ini, membuatkan ramai wanita hampir kecewa apabila melihatnya dikucup seorang gadis.

Walau bagaimanapun apabila ada sebilangan netizen memaklumkan gadis berkenaan merupakan adik kepada Kunlavut, rata-rata kembali teruja malah tidak kurang juga yang menyatakan keinginan untuk ‘berhijrah’ ke Thailand.

“Nasib adik ja. Sekarang aku pindah pergi Thailand pula,” kata seorang pengguna.

“Hai keluargaku di Thailand, cantik adik ipar,” komen @tripleZ.

“Okey adik. Giliran saya, giliran saya,” ujar @jae_:move.

“Baru nak suruh semua balik Malaysia. Adik rupanya,” seloroh @JihyeAd__. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Sunday, August 4, 2024

Syarikat treler rempuh rumah, dua mati perlu tindakan tegas

 


Rumah mangsa rosak teruk akibat dirempuh treler. FOTO Ihsan Polis

SEREMBAN – Pemilik syarikat treler yang terlibat dalam insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian dua beradik di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan, kelmarin, harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tegas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sudah tentu tindakan tegas diambil bukan sahaja terhadap pemandu yang telah direman tetapi kepada syarikat treler tersebut.

“Dalam kes ini saya juga mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemilik syarikat kerana pemilik lesen itu ada tanggungjawab kerana mereka lalai membiarkan kemalangan berlaku dan ia terletak dibahu pemilik syarikat.

ADVERTISING

“Saya merakamkan takziah kepada keluarga. Agak malang kerana kedua- duanya berada dalam rumah mereka dan dilanggar sebuah treler terhadap rumah mereka. Kemalangan ini cukup malang,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban hadir pada Majlis Minum Petang Bersama Pelajar Cemerlang Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain dikenakan pendakwaan, pemilik syarikat treler terlibat juga turut berdepan dengan penggantungan lesen.

Kelmarin, seorang pemandu treler dipercayai di bawah pengaruh dadah merempuh sebuah rumah menyebabkan dua beradik maut iaitu Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33 dan Mohd. Waldon Faris Nasruddin, 25.

Hari ini, lelaki berusia 40 tahun itu telah ditahan reman selama empat sehingga Rabu depan oleh Mahkamah Majistret Pekan. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung