Nuffnang

Sunday, March 11, 2012

Meminati Sukan Berbasikal




Pinjam sat dari google

salam buat semua..hari ini aku ingin kongsi bersama,...
Telah beberapa tahun aku meminati sukan berbasikal ni
mungkin semenjak dizaman remaja lagi...
dulu aku pernah beli dari kawan basikal ni yang berjenama Raleigh
manakala aksoserinya terdiri dari jenama Shimano..ori punya tau..

sebulan dua ni aku tengah survey nak beli sebiji yang sesuai
ialah nak cari yang sesuai dengan jiwa aku..
Harganya boleh tahan dari RM 800 hinggalah harga RM 5,000
Aku nak beli harga sederhana dahla..
Sukan bebasikal ni baik untuk kesihatan dari segi jantung
dan peredaran darah , supaya darah berjalan dengan sempurna..
ok ...sapa ada idea dimana murah bagitau ye...

Saturday, March 10, 2012

Kerana Kekasih, Gadis Sanggup Ikut Abe Pakistan


Gadis mengaku lari kerana Samer
SHAH ALAM – Pelajar tingkatan lima yang melarikan diri dari rumah sejak 14 Februari lalu, Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, mengakui dia bertindak sedemikian kerana cintanya terhadap teman lelaki warga Pakistan yang dikenali sebagai Samer Khan.

Zakiah yang pulang sejak seminggu lalu memberitahu, dia melarikan diri selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan keluarga.

“Saya sebenarnya lari secara sendirian dan bukan dengan Samer.

“Pada masa itu fikiran saya berserabut kerana hubungan kami mendapat tentangan keluarga menyebabkan saya tidak boleh berfikir secara waras dan terus melarikan diri,” katanya ketika menghubungi sendiri pejabat Kosmo! di sini semalam.

Nurul Zakiah bagaimanapun mendakwa dia telah memutuskan hubungan dengan Samer dan hanya sekadar kawan sejak berita kehilangannya dilaporkan dalam akhbar.

Dia kini bertekad memulakan hidup baharu bersama keluarga.

“Memang dahulu kami bercinta tapi kini cuma kawan.

“Saya juga akan memulakan persekolahan dan kini dalam usaha untuk berpindah ke sekolah lain,” katanya yang bekerja sambilan di sebuah restoran di sini sewaktu melarikan diri.KOSMO

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung