Nuffnang

Friday, April 25, 2014

Subhanallah [BERGAMBAR] IKTIBAR - Jenazah Haslianatul Azlin Tersenyum & Kuburnya Bercahaya



Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya. 

Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.

Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAHAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Malah gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah.


Pergghh : Sayang Pakwe . Tangan Di Kelar..Bodoh Punya Budak Sekolah




Ini bukanlah kes pertama anak remaja buat tindakan bodoh mengelar lengan semata-mata mahu tunjukkan kasih sayang pada kekasih.
Sesudah lengan dikelar, muat naik pula gambar darah di laman sosial untuk tagih perhatian.

Diharapkan selepas ini ibu bapa pantaulah laman sosial anak masing-masing untuk pastikan tidak ada kebodohan seperti ini menimpa keluarga anda.

Kepada adik manis di atas kami nak pesan, perjalanan hidup masih panjang lagi daripada nak diakhiri dengan perkara bodoh seperti putus cinta, dicurangi atau apa-apa sahaja.

Kalau setakat kelar untuk raih simpati dan perhatian macam ini biasanya memang tak bawa kematian tapi dibuatnya terlajak sampai putus urat nadi hari tu macam mana? Tak fasal-fasal mati sesatlah jadinya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung