Nuffnang

Saturday, October 25, 2014

Demi Untuk Selamatkan ISTERI.Suami Sanggup DiTetak Peompak..




Kuala Lumpur: Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas.





Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.



Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja.



Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka.



“Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami.



“Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.



Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya.



“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya.



“Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” katanya.



Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu.



“Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan.



“Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya.



Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak.



“Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini. - Harian Metro

Perghh : DARI MB MENJADI "PESAWAH". GELARAN JOKOWI MALASIA..

DARI MB MENJADI "PESAWAH".



Hebat sungguh Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Azmin "Jokowi" Ali ini ... bermula terjah sampah .. lepas itu lompat longkang tersumbat kini turun ke sawah bendang. .. Kira MB Off All Season .. MB Setiap Musim.

Terkini menyembur racun perosak di sawah bendang di Sekinchan pagi tadi .. Azmin "Jokowi" tukang sembur, ADUN Sekinchan tukang tunjuk ajar, ADUN Seri Kembangan tukang perhati dan ADUN Bukit Lanjan tukang snap gambar.

Amat-amat diharapkan ianya akan menjadi amalan setiap musim menanam padi dan bukannya sekali ini seumur hidup .. doakan agar hasil padi tahun ini cukup lebat sebagai ambil berkat.

Pada sesiapa rakyat Selangor yang ada buat projek ternak ikan atau udang dalam sangkar, pelihara kambing atau lembu, pekebun getah maupun sawit, jika nak dapatkan berkat semoga hasil berganda, disyorkan agar jemput Dato' Menteri Besar kita lakukan sesuatu.

Mohon harap ianya bukan turun lapang bermusim, sebaliknya sebagai sebahagian dari amalan tuntutan.

Kerja baik turun lapangan memang wajar diberikan pujian tapi janganlah dilakukan jika menyimpan niat sekadar main wayang.

Tapi yang tidak seronoknya ialah melakukan penyemburan di sawah bendang yang ternyata subur dan kurang gangguan makhluk perosak ... sepatutnya terjahlah sawah bendang yang bermasalah.

Demi bersangka mulia dua ibu jari angkat ke atas sebab mau merasai bagaimana susahnya pesawah mencari sesuap nasi dan berani menyembur racun perosak tanpa menggunakan topeng keselamatan.

Falsafah perjuangan Omak mudah ... mana program dan projek serta gerak kerja yang membantu rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan susah, Omak akan sokong padu tidak kira siapa yang lakukannya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung