Nuffnang

Friday, May 27, 2016

Niat Persenda : Persenda Kes Enno Farihah, SKMM Akan Ambil Tindakan



CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa posting di laman Facebook yang didakwa mempersendakan kejadian rogol dan pembunuhan kejam seorang pekerja kilang di Indonesia. 


Beberapa pengguna Facebook dikesan menjadikan kejadian itu sebagai bahan gurauan tanpa mempedulikan sensitiviti masyarakat. 

Lapor The Star, 22 Mei yang lalu seorang pengguna Facebook menyiarkan gambar seorang lelaki yang tidak berbaju terbaring di lantai dengan kaki terkangkang berserta dengan caption:

"Mangsa rogol terbaru, sebelum ini guna cangkul tetapi yang ini menggunakan penyodok sampah. Tragis, PDRM action," katanya. 

Gambar yang lain pula menunjukkan seorang lelaki baring dengan posisi yang sama di atas katil dan gitar di antara kakinya. 

Pengarah Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman mengesahkan mereka menerima laporan mengenai gambar-gambar tersebut. 

"Posting itu keterlaluan dan amat menyinggungkan perasaan. Jika pengguna media sosial ternampak gambar itu, jangan dikongsikan kerana ia tidak mendatangkan faedah. 

"Hubungi Biro Aduan Pengguna SKMM dan tindakan seterusnya akan diambil," katanya yang juga menegaskan bahawa SKMM memandang serius pada perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah mengedarkan imej berkenaan di media sosial.

Thursday, May 26, 2016

Pengalaman Sempoii : Melelh Air Mata, Naik Kapcai Dan BMW Touring Ke Tanah Suci Mekah, Hari ke 31 KMU

Hari ke 31 KMU
Dalbandin - Taftan
300km
Alhamdulillah.. akhirnya dpt break through fb melalui advise sahabat2 semua setelah terputus hubungan terus sbb di Iran fb di blok & tak dibenarkan.

Pd hari ke 31 ini.. kami masih di Pakistan. Sepatutnya kami bergerak ke Taftan.Selesai segala urusan di border, kami akan bergerak masuk ke Zahedan iaitu bandar pertama selepas border Iran.




Hihi Kedai Minyak Dekat Boder..more story

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung