Nuffnang

Tuesday, October 19, 2021

Perghh !!! Wanita paling nikmati hubungan intim pada usia 53 tahun

 

Responden menganggap kehilangan nafsu seksual selepas usia 50 tahun adalah satu mitos. - Freepik

Wanita paling nikmati hubungan intim pada usia 53 tahun

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

LONDON – Satu kajian baharu mendapati bahawa lebih separuh wanita berusia 50 tahun dan ke atas mengaku bahawa hubungan kelamin mereka bertambah baik seiring dengan peningkatan usia, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Kajian meluas di Britain itu menyaksikan wanita berusia memberikan petua kehidupan kepada generasi muda. Dalam kajian tersebut, mereka memaklumkan bahawa umur 53 tahun merupakan usia terbaik untuk menikmati hubungan intim, namun memberi amaran bahawa ‘kesempurnaan’ adalah sesuatu yang tidak wujud.

Sebaliknya, mereka menasihatkan wanita muda untuk sentiasa menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup, menyayangi diri sendiri serta mempercayai naluri mereka.

Kajian yang dijalankan terhadap  1,500 wanita itu mendapati 27 peratus daripada  responden menjelaskan bahawa wanita hilang nafsu syahwat apabila menopause sebagai ‘mitos’ semata-mata’.

Perunding ginekologi Hospital Wanita Liverpool, Dr. Paula Briggs berkata, beliau  teruja dengan penemuan itu.

“Menopause bahkan boleh menjadi sesuatu positif kepada wanita. Namun, ia merupakan sesuatu yang mereka perlu hadapi,” katanya.

Petua lain termasuk memastikan kebebasan kewangan,  tidak kekal dalam kerjaya yang tidak disukai dan mengembara sebanyak mungkin.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh syarikat Organon, satu pertiga wanita berusia lebih 50 tahun membayangkan wanita berkahwin atas dasar cinta dan bukan materialistik. – AGENSI 

Monday, October 18, 2021

Perghhh !!! Menangis ketika job pertama ‘tergantung’ di bangunan 30 tingkat, Spiderwoman kantoi muka keluar TV sebab lakukan ‘kerja gila’

 

Menangis ketika job pertama ‘tergantung’ di bangunan 30 tingkat, Spiderwoman kantoi muka keluar TV sebab lakukan ‘kerja gila’... dapat jodoh pun kerja sama!

Maya sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang 'rope access' malah bertemu jodoh dengan jejaka dalam bidang yang sama.

KERJAYA yang diceburinya tersenarai dalam 10 pekerjaan paling berbahaya dan berisiko di dunia.

Namun berbekalkan minat dan 'passion' yang mendalam, wanita ini memilih untuk memasuki bidang kerja yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki, iaitu juruteknik akses tali (rope access).

Biarpun segelintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan 'kerja gila' kerana mempertaruhkan nyawa 'tergantung' di atas bangunan pencakar langit, namun pemilik nama Normalia Sidek ini berasa terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.


Video mengenai kerjayanya yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen warganet yang meluahkan rasa kagum dengan kekentalan dan keberaniannya.

Bercerita bagaimana dia mula terjebak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak 'rock climbing'.

"Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama enam bulan.

"Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya menangis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa 'tergantung' terutama ibu bapa.

"Terfikir juga 'kenapalah aku pilih kerja ni?'. Namun mujur supervisor pandai handle emosi saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.

spiderwoman 2

Minat untuk menceburi kerjaya sebagai juruteknik akses tali bertitik tolak kerana hobinya yang menggemari aktiviti rock climbing.

"Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan," ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Kini Maya sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.

"Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas... banyak cabangnya.

"Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.

spiderwoman 1

Maya sudah empat tahun berkecimpung sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

"Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini," kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.

Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mendedahkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun rahsia tersebut pecah selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.

"Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Majalah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong... mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti risau lebih.

"Saya bukan apa, segan nak beritahu takut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan doa dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga kantoi," kata anak kelima daripada enam adik beradik ini sambil ketawa.

Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.

NORMALIA SIDEK

Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

"Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula," katanya.

Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.

"Tak sangka langsung bakal suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan," ujarnya yang bakal bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 21 Oktober ini.

spiderwoman 3

Maya ketika menjalankan tugas inspection di pelantar.

Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka menjadi tular, Maya berkata dia berharap agar perkongsiannya mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

"Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.

"Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.

"Jangan rendah diri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada diri sendiri," katanya lagi. Mstar


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung