Nuffnang

Wednesday, October 26, 2022

[VIDEO] Pasang gril kalau rumah tinggi – netizen- Takut Jangan Tegok

 

Tangkap layar dua kanak-kanak berada di balkoni jendela luar rumah di PV18 Residence Setapak semalam

[VIDEO] Pasang gril kalau rumah tinggi – netizen


PETALING JAYA – Mungkin anggap sebagai tempat bermain, video tular seorang kanak-kanak berjoget di balkoni jendela luar rumah bersama adiknya yang masih kecil di sisi mendapat perhatian netizen sejak pagi tadi.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di PV18 Residence Setapak semalam dan video berdurasi 11 saat itu telah dimuat naik pemilik akaun Facebook bernama Reff Lia pada pukul 11.06 pagi tadi.

“Kejadian di rumahku, siapa tak kuat jangan tengok.

“Mak ayah tolonglah peka! Terkejut tengok. Depa ingat tu tempat main ke?,” tulis Reff Lia dalam hantaran video.

Dalam hantaran berkenaan, ramai menasihati ibu bapa supaya memasang gril bagi mengelakkan kemalangan kanak-kanak jatuh bangunan berulang.

“Aduhai tengok pun seriau, ini kalau depan mata lagi la,” komen @Apiet Lie.

“Allah! Mak ayah tolong la pasang gril. Kalau rumah sewa, minta tuan rumah pasangkan. Kami dah tengok dua orang kanak-kanak jatuh kat rumah kami ni, tak sanggup nak baca berita macam ni lagi,” ulas @Mashita Ramli.

Dalam kemaskini terbaru Reff Lia memberitahu, dua kanak-kanak berkenaan selamat, manakala ibu bapa mereka trauma dengan kejadian tidak diduga itu. -KOSMO! ONLINE

Perghh !!! Syarikat Jepun akan bina mesin basuh manusia

 

Projek Usoyaro dicipta untuk menghasilkan pengalaman mandi yang kompleks. – Science

Syarikat Jepun akan bina mesin basuh manusia

TOKYO – Sebuah syarikat teknologi dari Jepun, Science Co. Ltd. (Science) mengumumkan rancangan membina mesin basuh yang boleh membersihkan manusia, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Syarikat berpangkalan di Osaka dan mempunyai kepakaran dalam inovasi bilik mandi serta  dapur itu menyasarkan produk  tersebut akan tersedia di pasaran menjelang 2025.

Digelar  Projek Usoyaro, Mesin basuh menggunakan teknologi buih halus terkini dengan pelbagai sensor pemantauan bersama sistem kepintaran buatan (AI) itu menawarkan  pengalaman mandi yang kompleks.

ADVERTISEMENT
Ads by

Menurut Science, matlamat Projek Usoyaro bukan sekadar membersihkan badan pengguna secara menyeluruh, bahkan turut menyediakan ‘ruang penyembuhan’.

Ketika duduk dalam mesin basuh tersebut, pengguna boleh berehat sambil menikmati bunyi muzik menenangkan selain menonton imej yang dipaparkan pada skrin kalis air di mesin tersebut.

Sensor pada mesin itu akan mengukur keadaan saraf simpatik dan parasimpatetik selain sistem AI akan menggunakan data yang dikumpul untuk menghasilkan suasana paling selesa. 

Konsep mesin basuh manusia bukan suatu yang baharu kerana semasa pameran Ekspo Osaka pada 1970, syarikat gergasi elektronik, Sanyo Electric mempamerkan produk serupa dikenali sebagai Ultrasonic Bath.

Ia merupakan sebuah mesin basuh manusia yang membersihkan, mengurut dan mengering pengguna di dalam produk automatik yang mempunyai kitaran selama 15 minit.

Konsep Ultrasonic Bath bagaimanapun tidak pernah diperkenalkan sebagai produk komersial. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung