HISLOP berdiri dekat seekor ikan jerung tukul gergasi yang dibekukan dan akan menjadi bahan pameran di muzium miliknya di Queensland.
SYDNEY - Sekumpulan nelayan gembira apabila mereka berjaya menangkap seekor ikan jerung tukul gergasi di perairan timur Australia, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, sebelum ia dapat ditangkap, nelayan-nelayan tersebut dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan menyedari tangkapan mereka dibaham seekor ikan lebih besar.
Ikan jerung tukul gergasi itu seberat 250 kilogram dengan panjang lebih enam meter dan berusia sekurang-kurangnya 40 tahun.Namun, ikan itu telah dibeli oleh seorang pengusaha muzium tempatan, Vic Hislop setelah ia mati selepas ditangkap.
"Saya akan mengawet ikan ini dan menjadikannya bahan pameran," kata Hislop yang memiliki sebuah muzium ikan jerung di negeri Queensland.Jerung tukul yang ditemui di perairan panas di seluruh dunia merupakan spesies terancam dan kurang berbahaya berbanding beberapa jerung lain terutamanya jerung putih.Kepalanya berbentuk seperti tukul bagi membantu haiwan itu memburu mangsa dan mencari makanan di dasar laut.
Sejak beberapa tahun lalu, terdapat 33 laporan ikan jerung tukul menyerang manusia tetapi tiada insiden yang melibatkan kematian. - Agensi
Abu Luqman ; setakat ini pergi memancing , dapat ikan yu seekor berat 10 kg pun jenuh nak di daratkan , kalau besar ini,patahlah joran aku... kekuasaan Allah mengatasi segalanya..tapi yu tukul taklah garang sangat. penulis pernah jumpa ia datang tepi bot kami.. rasa seram juga la.
sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Salam buat semua.. Pergh pening kepala dibuatnye.. exam dah dekat ni..buku ..baru mula nak baca...blog pun nak kena up date.macam mana nak b...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Salam buat semua.. Hari ini...aku cuma menceritakan bahawa monorail....dari Mekah Ke arafah sudah siap dan telah di gunakan..perjalanan dari...
-
salam buat semua... Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic...
-
BUKAN semua penjualan dalam talian merupakan penipuan tetapi jika pengguna tidak berhati-hati mereka menjadi mangsa. - Gambar hiasan KUALA L...
-
BUKIT MERAH - Seorang petani mendakwa kawasan sawah padi di Kerian dekat sini akan pupus sekiranya projek ternakan ikan kelisa diteruskan di...

1 comment:
like this info..
Post a Comment