Perasaan cemburu sering dikatakan dengan imej kasih sayang. Bagaimanapun perasaan cemburu yang gagal diurus boleh mendatangkan masalah besar dalam satu satu perhubungan. Cemburu juga dikaitan kan dengan perasaan irihati terhadap pasangan masing masing.
Misalnya di Melaka baru baru baru ini seorang jururawat . Hashimah Nong, cedera parah apabila kemaluannya dirodok oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera berusia 40 an. Menurut isterinya , suaminya mendengar bisikan suara jin yang memberitahu kononnya dia telah berzina dengan orang lain. Kisah Hashimah merupakan satu contoh jenayah cemburu dinegara ini.
Punca cemburu selalu dikaitkan dengan pasangan masing masing . Selalunya di antara suami isteri dan pasangan kekasih. Kes kes cemburu selalunya dikaitkan dengan orang ketiga. Perasaan cemburu mencapai tahap kebimbangan apabila pasangan lelaki panas baran ( hot Temper ), mula mula dengan perang mulut, apabila tidak mahu mengalah mulalah mangsa cemburu dicederakan. Apabila perasaan cemburu mencapai satu tahap yang sukar dikawal maka terjadi lah perkara perkara yang tidak diingini seperti mana yang terpapar dalam akhbar, mangsa cemburu dirodok dengan pisau dengan mendapat kecederaan parah atau pun maut.
Menurut pakar Psikiatri , Pusat Perubatan HUKM, Prof .Madya Dr. Marhani Midin, individu yang tidak bijak mengawal perasaan cemburu akan menerima tekanan perasaan. “ Apa yang penting adalah mengamalkan gaya hidup sihat boleh mengelak tekanan perasaan yang keterlaluan, tidak kira sama ada marah, cemburu atau sayang. Cemburu yang membabi buta boleh menjadi satu bentuk tekanan perasaan jika tidak boleh dikawal dan mustahil ia mampu membawa kepada masalah yang lebih besar seperti jenayah.
Untuk menyelesaikan masalah cemburu keterlaluan individu perlu memastikan punca yang mencetuskan rasa cemburu yang meluap luap dalm dirinya. Apabila sudah dapat punca , mereka boleh mengatasi tekanan cemburu itu dengan dua kaedah berbeza iaitu memilih untuk menyelesaikan masalah yang menjadi penyebab cemburu atau pun memilih untuk mengawal emosi daripada menjadi cemburu.
Menurut Pandangan Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, UIAM, pula memberitahu tiada bisikan halus yang boleh mendorong seseorang melakukan perkara luar jangkaan. “ Itu bisikan individu itu sendiri iaitu bisikan syaitan yang bertopengkan manusia. Syaitan tidak mampu mempengaruhi manusia jika individu itu dilandasi dengan keimanan.
Manusia kini macam macam bila sudah melakukan satu perkara yang teruk, mereka memberi alasan mendengar bisikan, pengaruh orang lain, hasutan dan sebagainya sedangkan mereka diberikan akal untuk berfikir dengan waras. Dalam Kes ini hanya Islam sahaja dapat menanganinya. Agama Islam menganjurkan supaya kita selidik dahulu berita berita yang tidak pasti, sebelum mengambil sesuatu tindakan.
7 comments:
cemburu yang baik ialah, kita cemburu akan kejayaan orang lain dan kita pun pulun sama untuk berjaya.
cemburu tande syg..tp biar lah bertempat..
cemburu yg mlampau boleh jadik tragedi..
p/s --> aisya kuat cemburu gak..klau boleh rse nk ikat je org yg kite syg 2 jgn pegi mne2..muahahahah..tp ble pk scr rasional..org gila je yg wat cm 2..kn3..?? hehehe
saya cemburu kalau prmpuan lain tgk suami saya..haha..( cemburu sayang jer..)
kami dok berjauhan..keje saya bahagian penguatkuasa, mmg keje ada campur ngan lelaki..mujurlah suami sgt memahami..( ada cemburu tapi bertempat..)
x cemburu kang..x normal pulak kan..
Nuraisyyah...Kacau ..jangan gitu... cemburu sikit sikit je
Fikarnya: Kita kena cemburu la ..nanti orang kebas suami kita apa macam..ok tahniah..kerja ada sifat cemburu sayang
setuju dgn aisyyah, cemburu tanda sayang..tapi jgn la sesaje nk bg pasangan cemburu...carik gadoh namanya...~
salam....
kak mimi ader hajat kat sini...
nak letak banner kat blog ini kalu tak keberatan bg tuan blog...itu pun kalau tuan punya izinkan..
nie alamat banner untuk header kak mimi
http://img185.imageshack.us/img185/522/mimipunyer.png
terima kasih
salam...pg...
k.mimi nk listingkan sape yg pasang banner...k.mimi untuk tujuan persahabtan biar tambh erat...
skrg blum buat post lg..
untuk tujuan ramai kenalan..
untuk tujuan..nuffnanger...
untuk tujuan luaskan jaringan di alam maya ini...
thanks...itu sahaja niat k.mimi..
Post a Comment