Nuffnang
Sunday, September 26, 2010
Menyesal pakai kanta lekap....dan menjadi buta
DIA dilahirkan sempurna. Matanya celik, bisa melihat. Namun, ia tidak lama. Ketika usianya 17 tahun, dia disahkan buta. Warna-warni alam yang pernah dilihatnya sejak itu bersatu menjadi hitam. Gelap-gelita.
Harun Ahmad, satu nama yang boleh disifatkan besar dalam dunia muzik. Populariti komposer cacat penglihatan ini melonjak seiring lonjakan lagu Jesnita nyanyian Exist dalam mendaki dan menakluki carta muzik tanah air sekitar tahun 2002. Harun Ahmad, 41, sebenarnya telah mencipta lagu sejak tahun 1991.
Bakti dan kemahirannya juga diiktiraf apabila meraih Anugerah Ikon dalam Majlis Fiesta Insan Istimewa 2008. Dia juga banyak berjasa dalam penghasilan lagu-lagu tema.
Rabun
Matanya sebenarnya rabun sejak umurnya lapan tahun lagi. Ia mungkin berpunca kerana dia kerap terjatuh semasa kanak-kanak.Namun, dakwanya, jika dia tidak memakai kanta lekap pada usia 17 tahun mungkin hari ini dia sekadar rabun biasa dan masih boleh melihat.
“Memang sekarang saya reda menjalani kehidupan sebagai seorang yang buta. Tetapi saya menyesal pakai kanta lekap.“Ketika itu, saya muda remaja. Saya jenis yang aktif dan suka bersukan. Tahu sahajalah tahun 1980-an, mana ada teknologi menipiskan kanta cermin mata. “Dengan kuasa cermin mata saya di antara 700 hingga 800, anda bayangkan sendiri bagaimana tebalnya.
Cemas
Selepas enam bulan, detik-detik bergelar si buta mula menghampiri hidup lelaki berasal dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor itu.“Saya bangun pagi itu, saya lihat semua objek berpecah tiga. Saya hanya boleh melihat bahagian atas objek sementara bahagian bawah gelap sahaja.
“Saya cemas. Saya kemudian ajak seorang kawan ke Hospital Johor Bahru, doktor kata, saya mengalami retinal detachment (kelekangan retina) atau retina tertanggal daripada saraf mata. “Pada hari itu juga, saya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah,” katanya.
Bukan dua tiga hari Harun tinggal di hospital tetapi tiga bulan. Daripada masalah kelekangan retina berubah ke masalah katarak. Empat pembedahan dilaluinya.Ditanya bagaimana dia pasti, apa yang berlaku kepadanya kerana memakai kanta lekap, Harun berkata, selepas buta, doktor memberitahu, masalah rabunnya selama ini adalah disebabkan masalah retina.
Dakwanya, bagi keadaan seperti itu, memakai kanta lekap telah memburukkan lagi atau mempercepatkan menjadi buta.
Kanta lekap
“Seorang doktor pakar mata memberitahu rakan saya yang ingin memakai kanta lekap ‘Kalau kamu nak nampak handsome, pakailah kanta lekap, tapi kamu mungkin akan buta macam Harun,” beritahunya.
Jelas Harun, selepas tidak berjaya dalam semua pembedahan itu, dia masih tidak berputus asa. Dia cuba menjalani pembedahan kelima di hospital swasta namun, tetap tidak berjaya. Cuma mata kirinya boleh melihat kehadiran cahaya.
Harun pada mulanya berasa rendah diri dan sangat berduka dengan apa yang menimpanya. Di situ juga dia mula meneroka minatnya dalam bidang muzik. “Saya juga belajar mengurut dan belajar macam mana untuk melaksanakan aktiviti harian. Saya bersyukur kerana saya pernah melihat berbanding rakan-rakan saya yang buta sejak lahir.
“Kini, saya tidak berasa malu atau marah jika dipanggil buta, kerana memang hakikatnya saya buta,” katanya yang biasanya ke mana-mana dengan dipimpin seorang rakan.
Harun berkahwin dengan penulis lirik, Fauziah Hashim pada tahun 1996. Ketika itu Harun berusia 26 tahun dan sudah buta sepenuhnya.Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Fatin Nurhaziqah, 12, Fatin Nurhidayah, 9, dan Mohd. Farish Hakim, 6. Bagaimanapun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada tahun 2006.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
11 comments:
saya seorang pemakai cermin mata, dari dulu lagi. memang tanak pakai dan takkan pakai contact lense, sebab nak kena jaga hygiene gila2 punya, leceh, habuk sikit tak boleh, kering sikit tak boleh.
jangan nak cuba ye...memang nampak cun mata biru...tapi ...bahaya beb
huhu..
br t'ingn nk cuba..
pkai spek slalu lupa ltak mane..
sbb tu nk try contact lens..
nmpaknye xjd la..huhu
ira pkai spek n pkai cntct lens gak. both ira tak suke. but na wt cmne. rabun kn. pkai jela. hehe. certain2 place je ira akn pkai cntct lens. skrg waiting nk wat laser mata je bg oke. kumpul duet dlu. susa rabun neh. korg2 yg tak rabun tu jage laa mata leklok yea ;)
aku pun pakai spek gak.. leceh la nak cuci bila pakai contact, nak tido kena bukak etc... kalau pakai spek nak tido leh tido terus.. dahtu kalau tido pakai spek baru la mimpi nampak clear ehehehh
kumanx "Biggest Loser" entry
kalau dah pakai..kena la berhati2 dan menjaga kebersihan serta ikut aturan..
ermhh..
tuhla.aritu teringin nak buat sebab kawan2 suma pakai lens.
tapi, abah x bagi.dia ckp bahaya.
kdg2 rimas pakai spek.tpi, nak buat cemana.isk3.x jadi teros la nak buat lens
eh urg ni skg dgnku!
sya mmg dh skit rabun la..
kengkadang pkai spec, kengkadang x..
merimaskan..
ada gak nk try contact lense..
tp adik ipar pernah pkai nk tanggal x bleh smp kena g hospital..
tak berani la pulak...
alamakk...takotnye~~
brp kali mata kene infection dah...huhuhu..
skrg pakai ctc lense kadang2 je..time nak cantek pakailah..time nak biasa2, pki spek je..:P
sufinayankanta ni memang nampak syok..tapi bahaya ooi
Post a Comment