Nuffnang

Monday, October 25, 2010

Pengawal tidur, 12 bas hangus


Pemandu melihat bas yang hagus dalam kebakaran di Depot Bas Ekspres Budaya di Jalan Panji, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.

Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.

Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer. KOSMO

Maaf ye..kadang kadang pengawal keselamatan ni letih kut...buat dua kerja ,siang kerja lain malam jadi jaga itu yang menyebabakan beliau letih..

9 comments:

Nasir said...

sapa ler punya kerja nie??aduhhhh..
Fakta bukannya Auta

kakngah said...

ada kalanya..
diorg amik pak guard yg dh berumur...

Anonymous said...

laaaaa....huhu

Unknown said...

kadang2 tak kisah pon tgk pak guard tido.. tapi bila dah belaku kes, maka pak guard la yg mula2 akan di persalahkan..

si pembawa sinar said...

huhuhu...
betol gak...
kan tgjawab 2...
orang bg gaji...
so kenalah buat keje...
tua atau tidak bukan alasan

Penulis Rindu said...

pengawal ni ..kebanyakan dah tua,,,dan penceh ye

mira_nas said...

banyak tu ruginya.. tapi kalau yang guard tu pun umurnya dah patot duduk rumah dah,, tu salah satu faktor la boleh jadi camni...

ghost said...

nie takde unsur2 yang berkaitan dgn claim insurans ker aper?

Salwa said...

ikut naseb gk.muda cne pak guard pn.kalo dh ngntok nk wt cne.huhu.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung