Nuffnang

Saturday, December 11, 2010

Pasangan kekasih dirotan selepas ditangkap bercium


KIKI HANAFILIA dirotan di pekarangan sebuah masjid di Jantho, Aceh semalam.

JANTHO, Indonesia - Sepasang kekasih, Anis Saputra, 24, dan Kiki Hanafilia, 17, dikenakan hukuman rotan lapan kali di sebuah masjid di bandar Jantho, Banda Aceh semalam selepas mereka ditangkap kerana bercium.

"Mereka berdua sudah berkahwin. Ada orang menangkap mereka sedang bercium di kawasan hutan daerah Aceh Besar pada Oktober lalu. Mereka juga baru hendak melakukan hubungan seks ketika ditangkap," kata pendakwa raya, Deby Rinaldi.

Menurutnya, isteri Anis yang hamil tujuh bulan berada di tempat lain ketika kejadian berlaku manakala Kiki sudah berkahwin selama dua tahun.

Aceh yang terletak di bahagian utara pulau Sumatera merupakan salah satu daerah di Indonesia yang mengamalkan hukum syariah Islam.

Pada Oktober lalu, dua orang wanita dirotan di Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan. - AFP

Bolehkah ia dilakukan di negara kita, baru jatuh hukuman pun dah kalut.itulah ragam dunia...ini adalah adalah salah satu hukuman syariah di Indonesia..Allah hu Akhbar. Kita kena berfikiran terbuka..bukan pakaian yang terbuka.huhuhu. Di Kelantan baru cadang je...dah nak boikot cam mana ye..semoga Allah memeberi hidayah kepada mereka yang menentang hukum Islam...Allah hu Akbar..

23 comments:

Penulis Rindu said...

Bercium boleh..tapi kena berkahwinlah...hehe

Nasir said...

negara kita~~ramai gak kot pemimpin atasan dok wat perangai cmnie,,tue depa takut ngan bayang2 sendiri,,hahaha,,org len kena hukum,,depa gelabah la...

Abu Aiman said...

salaam,
Negara kita ada dah yg berani cium2 secara open... masih tak ada tindakan...

ASSOYFINGER67 said...

kalau kat malaysia cam gini...barulah anak2 kita jadi orang....apalah kemajuan kalau anak bangsa makin teruk akhlaknya (bak kata azmil mustapa)

sud@is said...

Malaysia pejam mata adegan macam ni....

perindu_خلافة said...

golongan pemimpin x berani buat hukuman Tuhan sebab anak² depa pun macam ni,

rasanya ramai je dah taw sape w/pun x sebut nama dia.. hurm~
sebelum jadi pemimpin ummah, jadi pemimpin utk keluarga dlu (ikut syariat)

immukmin said...

sokong hudud...hohohh entri terbai abuluqkam

SaEidah SyamIelah said...

perkongsian info yang bgs...
tahu jgk tentang negara luar ^^..
hehe..memang perlu dan patut hukuman
mcm tu dijalankan...sokong..

matdin said...

patut r ramai pakaian terbuka.. tengok undang-undang jugak rupanya

aming said...

hukum hudud

Abu Luqman said...

makasih semua nya...apa pun...kita berharap ianya dapat dilakukan di negara kita suatu hari nanti ye..

Penulis Rindu said...

terima kasih

Assoy. Nasique
Abu AIman, Perindu
sudais.. Saeidah
Mat Din.. Aming

belog|amiyo said...

bile tmpt kite nk buat mcm ni...hehe

Penulis Rindu said...

makaish

sumpit

Miyoushu212

ghost said...

hukum syariah?jangan harap kalau ramai pemimpin kita yang liberal..

Penulis Rindu said...

makasih biskut...sekali sekala garang you..huhu

Aku Anak Pahang said...

Salam, bagus jugak dijadi pengajaran.. kalau kat negara kita boleh buat macam lagi bagus!
Jom Singgah "Tak kenal maka tak cinta - akuanakpahang"

Abu Luqman said...

makasih aap...

rakan dari Pahang

Abu Luqman said...

makasih aap...

rakan dari Pahang

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Sepatutnya dilaksanakan di negara kita kerana maksiat semakin berleluasa.... Kembali kepada hukum Islam, nescaya maksiat akan merundum....

zacky786 said...

mmg patot pn

Abu Luqman said...

makasih

fuziani JSR

Zacky-786

Anonymous said...

kt malaysia siap buat video lg klu kissing.kdng kdng dpn atm pun jd.ade tu dkt ats eskeletor pun blh.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung