Nuffnang
Wednesday, February 23, 2011
Isteri baran tetak suami ...sampai hati nu...
PARAH...Ahmad menunjukkan kesan jahitan akibat ditetak isterinya.
Apa punya malang seorang suami..sehingga isteri sampai hati menetak..suaminya...huhu
IPOH: Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di sini, Jumaat lalu.
Lebih malang, tetakan menggunakan pisau pemotong sayur itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 31, dari Kuala Kangsar, putus urat lengan kiri menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau.
Ahmad yang juga seorang juruteknik berkata, sebelum itu, isterinya menjawab panggilan daripada sepupu wanitanya dan mereka berbual mengenai sesuatu mengenai dirinya.
Katanya, dia tidak pasti apa mereka bualkan, namun yakin perbualan itu menaikkan kemarahan isterinya.
“Berdasarkan perbualan telefon itu, sepupu memaklumkan kepada isteri, saya seorang kaki perempuan dan pernah membawa balik perempuan ke rumah ketika bujang dulu.
“Seketika kemudian, saya mengambil telefon daripada isteri dan bercakap dengan sepupu. Saya bertanya kepadanya apa dibualkan dengan isteri, namun dia (sepupu) menafikan dakwaan itu,” katanya.
Katanya, sebaik menamatkan perbualan, dia bersandar pada sofa sebelum isteri muncul di hadapannya sambil memegang sebilah pisau dan terus menetak lengannya.
Menurutnya, isterinya cuba menetak pada muka dan kepalanya, namun dia sempat menahan dengan tangan kiri sehingga menyebabkan pendarahan teruk.
“Isteri menjerit ‘abang sudah melampau’ sebelum menetak saya dengan pisau. Saya cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan, namun isteri mengunci pintu rumah dan menghalang saya keluar.
“Saya sempat mengambil kunci pendua rumah dan telefon bimbit sebelum membuat panggilan ke talian 999 untuk meminta bantuan polis dan ambulans,” katanya.
Ahmad berkata, dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dengan sebuah kereta peronda polis untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Saya mengakui isteri seorang yang baran dan cemburu buta. Malah, rumah tangga kami sering berdepan masalah selepas hidup bersama sejak 11 bulan lalu.
“Kami sering bergaduh, namun saya tetap sayangkannya dan berdoa agar dia memperbaiki sikapnya itu. Pernah satu ketika, saya disepak terajang dan dimaki hamun, tetapi saya reda dengan perbuatannya itu,” katanya.
Menurutnya, dia juga terkilan kerana isterinya tidak pernah menjenguknya di hospital sepanjang menerima rawatan walaupun bertugas di hospital sama.
Ditanya sama ada dia akan menceraikan isterinya, Ahmad berkata, insiden itu tidak melunturkan rasa sayangnya kepada isteri, malah mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah.
“Penceraian bukan penyelesaian, sebaliknya saya mahu insiden yang menimpa saya memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana sekali gus menginsafkan isteri saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, petang semalam.
Katanya, pihaknya sedang menyiasat kes itu kerana isteri mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh sebelum ini...METRO..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
21 comments:
samapai hati ..isteri dia menetak ye
berani eh isteri dietu, tak sangka, nie lah dunia sekarang nie, macam2
kurang keyakinan diri menyebabkan bertindak diluar pertimbangan.
kalau bini macam ni kacau..huhu
mesti ada kes disebalik citer nih..mungkin ada lanjutan dari kes2 sebelum nih yang pernah jadi kat tempat lain.so biar polis siasat dulu...kadang dengar dari sebelah pihak saja macam tak adil.
jangan marah ..cik biskut...
irteri tu,tak masuk syurga tau klau tak minta maaf kat suami dia..huhu
bodoh sial isteri die nie... mintak cerai sudah kalo x puas hati sangat... nie siap nak main tetak2 lg... dah kire derhake tue...
Jom baca dan komen post terbaru Blur Satria Neo GTi
isteri derhakaa!!! Tak belajo bab2 agama ke hape nih?
makasih
blur
Yastro...dia tak mengaji lah tu
ish3x dahsyatnya..biasa kalau kita dengar suami la panas baran dan sepak terajang isteri..ni isteri pulak..hukum karma.. :)
Mars sabri
ni kes dahsyat u..
yela tu..ntah2 bto suami die tu ade pmpn lain..pastu ckpla bini yg pns baran...huhu
Haru weh....
makasih
siebella
jejaka desa
tak dang mikir le tuu...
takdak iman laguni la jadinya...
pasir puteh tempat saya tu. hehe
salam singgah
jemput singgah, EPOLA
nusyuz...tapi kena siasat puncanya jugak...
║║╔║║╔╗ ║
╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ni bukan nyerrr sayang suami ni nak bunuh suami...... apalerrrrr ganazzzz bebenorrrr
mesti ada kes berat nih
kalau dak x kan macam tu
terima kasih semua ye
ganeh betui bini dia
Post a Comment