Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti
KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .
"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.
"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.
"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam... KOSMO
Nota : Yang saya ingat ramai warga tua kita , duduk di kedai kopi minum teh tarik dan nasi lemak hari hari..setakat ni tiada masalah pun..berkemungkinan punca obesiti adalah kerana .makan banyak makanan berkalori , tetapi kurang bersenam..itu je..orang kampung selepas pekena teh tarik dan nasi lomak mereka akan turun ke bendang dan ke laut bagi menjalankan aktiviti mereka seharian yang membakar kalori dalam tubuh badan mereka.
33 comments:
salam..orang kampung hari2 makan nasi lomak ye den...
adeh, peberet lak tu!
bila dah energi yg diambil melebihi energi yg keluar...mmg la tersimpan dlm badan dan menggemukkan..
dah budak2 skrg ni bukannya bermain kat luar/ padang mcm dulu....bdk2 ni suka main PSP la PS3 la....mana nak berpeluh....
hasilnya mmg la obese...
bile org da je bersenam, maka bagai bagai alasan la anda akan dapat..:P
mmg lawak laa nasi lemak plak yg disalahkan, huh...
baru semalam makan nasik le!mak!..hehe
kesian nasik lemak...makanan 1Malaysia,kan? ish ish ish...
jgn disalahkan nasi lemak.. juckfood serta makanan barat kfc,mcD n burger tu juga penyebab obes
Memang makanan sarapan pagi kegemaran saya.
identity melayu sikit2 d buang.. baju melayu dah jarang2 guna.. sesetengah subjek nak d tukar ke english.. skrg nasi lemak pulak
nasi lemak punca mengantok?
bangsa asing tu tak makan nasi lemak pun gemuk jugak..
terima kasih
maria
dedeq...memamang makan kite ye kan
terima kasih
tyka chau..nasi lomak sedap..
Caliph..betul tu..nasi lemak pulak di salahkan..kenapa ye
Bukan sebab nasi lemak sahaja boleh jadi gemuk.....
KTM lancar Tiket 1RM
jaya JR..saya pun baru makan je
Apple Hijau..Imalaysiakan..huhu
terima kasih
Thomas
sudais..ya ..semua nasi lemak ini dimakan turun temurun..bukan baru ye
Bolehtak kita bertukar bloglist ?
KTM lancar Tiket 1RM
salam..
saya pun ada terfikir juga
apa salah nasi lemak?berapa
banyak isu lain yang lebih penting
nasi lemak budaya kita..kurangkan lemak dalam masakan udahlah..tak kita kari berlemak atau nasi lain yang memerlukan santan..gunakan susu sejat sebagai pengganti..saya di rumah dah lama amalkan
terima kasih
Haw
atif
.......kita sebenarnya kurang aktif dlm sukan
terima kasih
miecyber
ZulKibo...Kita sekarang kena ubah sikap..dari banyak amik makan berlemak..makan makanan berbakar..spt ikan , daging dan ayam bakar,,,rendah kalori
belum pape dah salahkan nasi lemak. cetek dan dangkal.
buat malu je. hu~
makasih ...gadis bunga.betul tu.kesian kat maksik jual nasi lemak
Nasik lemak bukannya satu-satunya penyebab dia,saya kira penyebab utama ialah kurannya aktiviti luar@ lasak.bagi yg kerja pejabat tu kurangkan guna lif sila guna tangga,hehehe
obesiti kadang ada yang keturunan...tak semestinya makan nasik lemak menyebabkan kegemukkan. terpulang dari cara pemakanan seharian seseorang itu. kalau gelojoh semua nak sapu sendiri tanggung kenapa pula nasi lemak dipersalahkan...
terima kasih
Ijoks2009
SIri...semoga sukses ye
Takleh nak salahkan nasi lemak je...
Salahkan skali orang wat nasi lemak, orang yang makan nasi lemak, orang yang jual santan kat orang yang nak wat nasi lemak.....
Nak lagi best, salahkan orang yang cipta nasi lemak...
Hehehe
terima kasih oh no
Sye setuju dengan pendapat penulis blog,masalah obesiti adalah disebabkan tabiat malas bersenam.
Saya sendiri sebagai pelajar sekolah mengetahui bahawa tidak semua pengusaha kantin sekolah membuat "nasi lemak" yang betul2 nasi lemak.Kadang kala disebabkan mahu mengurangkan kos,nasi nya langsung x dimasak dengan santan, dengan kata lain ianya hanyalah nasi biasa yang dihidangkan bersama sambal dan ikan bilis.
Mana mungkin keadaan tersebut membolehkan nasi lemak dituduh sebagai makanan yang menggemukkan?
makasih kuronine..betul kata anda...pengusaha kantin nak jimatkan wang
punca obesiti??x mungkin la..obesiti tu berpunca dari cara hidup dan cara pemakanan yg x betul kita sendiri...
kat sekolah dulu dia jual mee sup. sedappp ooo. nasi lemak sekolah rendah ade la,tu pon sikit je dia bg, balik skolah singgah 7eleven beli jajan. tu yang punca gemuk kowt
makasih kuronine..betul kata anda...pengusaha kantin nak jimatkan wang
Post a Comment