Nuffnang

Monday, January 30, 2012

Dibelasah kerana cintai isteri orang


Di Belasah..Gambah Hiasan Je

KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.

Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.

“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.


“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.
Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan gerakan sebelum menahan tiga lelaki.

“Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 hingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian dan kini disoal siasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penahanan itu dan siasatan masih dijalankan..Harian METRO

15 comments:

Eye_nee said...

jika benar..mmg mencari nahas lah dia...jika salah tuduhan...kasihan pula dia dibelasah sampai begitu sekali....

umiawadah said...

jangan bermain dengan api...api pula jangan di lawan dengan api...hmm...

Penulis Rindu said...

kesian kat dia ye...

amranaiman said...

kn dh kne blasah ...

royansableng said...

kekrasan tuh
gak patut di tiru

Diari Si Froggie said...

walaupun dia bersalah kita tak patut pukul dia.. nasihat lemah lembut mesti lama2 termakan. tapi nasihat tu dalam ketegasan lah. Dia pun satu jugak, dah tahu bini orang pi kacau buat ape. sendiri cari nahas lah tu..

Penulis Rindu said...

tak patut pukul dia..kan dah kena tahan dek polis

Unknown said...

x dak penyakit cari penyakit

gnesop.com said...

mmg patut la.. nyapa cari isteri orang?? iks isks

kpah k-poh Sharifahnor said...

cari pasal cari penyakit....

naiemah_ramli said...

err..ksian plak kat dia..tp..dia juga salah..humm..semua salah la dlm kes tu =..="

royansableng said...

ada award unuk sobat
diambil ya
di http://4kopisusu.blogspot.com/2012/01/hore-dapet-award-lagi.html

jika udah diambil kasih konfirmasi ya sob.maksih

Kak Mahh said...

Cari pasal mesti dapat penyakit...

Unknown said...

ish ish ish, carik pasal btl..

Penulis Rindu said...

huhu..itulah Isteri orang pun..lawan main mata kut

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung