Nuffnang

Friday, March 23, 2012

Gadis disangka hilang, rupanya ikut suami orang...huhu

 
DI lokasi berhampiran kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas, Kuantan inilah Nornabila ditemui malam kelmarin. 

KUANTAN – Seorang gadis berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Koperasi, Jerantut pada Isnin lalu ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Taman Tas di sini malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azid Ismail berkata, Nornabila Mat Yaacob yang dipercayai hilang kerana mengikut kekasihnya yang sudah beristeri sehingga ke Kuantan ditemui oleh keluarganya pada pukul 10 malam.
“Ibu pelajar terbabit sebelum itu menghubungi teman lelaki anaknya itu dan dimaklumkan Nornabila berada di Kuantan.
“Keluarga Nornabila dari Jerantut pergi ke Kuantan dan menemui remaja itu berhampiran kedai 7-Eleven di Taman Tas selepas dihantar ke situ oleh teman lelakinya,” kata beliau di sini semalam.
Jarak antara rumah remaja itu dengan lokasi dia ditemui ialah kira-kira 163 kilometer.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan, pelajar terbabit pernah hilang dari rumah sebelum ini bersama lelaki sama yang berusia 20-an.
Akhbar semalam melaporkan Nornabila atau lebih mesra dipanggil Kakak didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama rakannya, Nor Syazwani Mazlan, 15, pada pukul 8.30 malam Isnin lalu. Kosmo
Kita ingat dia hilang sunggoh...ikut suami orang pulak ye....

13 comments:

Penulis Rindu said...

huhu..ikut teman lelaki rupanya...

Eye_nee said...

Semoga dia akan belajar dari kesilapan ini...mahukan kebebasan belum masanya lagi....sudah2 lah menyusahkan kedua ibubapa....

ctpayong said...

Kesian ibuayah dia. Kerana sayangkan anak, tolak rasa malu jauh2. Semoga Nornabila insaf serta kembalikan menghormati hak ibubapanya.

ctpayong said...
This comment has been removed by the author.
LeezaNM said...

Zaman skrg mmg terlalu byk suami2 org ni cuba memperdaya anak2 perempuan remaja yg belum paham realiti kehidupan. Bagi remaja ini apa yg mereka tahu keindahan cinta...kemanisan...kebahgiaan bila bersama kekasih yg dicintai. Hmmmm....kalu di KL ni...yg menjadi perhatian suami2 org ini adalah pelajar kolej/IPTA/IPTS... yg terlalu mentah... jika ditaburkan sedikit kemewahan... silap2 maruah pun melayang... Keruntuhan moral skrg begitu kritikal...

misyamissyou said...

hishh budak2 perempuan zaman skrg ni, berani sangat ikut2 lelaki..susahkan semua orang..haihh..mintak2 la ade ni termasuk sy sendiri tak macam tu..minta jauh, minta Allah lindung

Penulis Rindu said...

ikut lagi..mcm tu la...

MIERA said...

nak wat cmna...ikut nafsu sgt...xleh biar camni...da bnyk sgt jadi..kna sma2 jaga..

suzie rahman said...

salam bro..nice entry..hai bdk sekarang ni knp lh gatal2. ops setengah2 je. otak ltk kt lutut.sian parent die. kawenkn jelah dr wat mksiat...

SITI NUR AMIRAH ! said...

hampeh . gatai bebeno . pmr pon xlepas lg .

Penulis Rindu said...

makasih ye bagi pandangan

acan ketot said...

budak budak....
ingat sonok ke lari umah...

humairaazni said...

ape lah nak jady ngan setengah2 remaja sekarang .. kesian mak ayah diorang carik smpai mcm nak giler but diorg sesuke aty jer nak ikut bf dia huh -,- .. moga2 ALLAH lindungi diri aku from like this

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung