Nuffnang
Friday, June 1, 2012
Berita Panas !!! Kerana Cemburu, Suami Kerat , makan Bibir Isteri ..jom tengok !!!
Gambar Google STOCKHOLM: Seorang profesor yang percaya isteri mudanya ada hubungan sulit, dikatakan memotong bibir isterinya dan memakannya kerana cemburu. Akhbar Sweden, Aftonbladet memetik sumber terdekat dalam kes itu sebagai berkata, “dia memotong bibir isterinya dan memakannya.” Kata sumber itu, “ Dia tidak menyesal dengan perbuatannya. Dia fikir isterinya itu yang menyakiti hatinya.” Laporan itu berkata, lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, seorang profesor madya di Institut Karolinska yang terkenal, dilaporkan ditahan kerana disyaki cuba membunuh.
Peguam wanita itu, Ingela Ekman Hessius berkata, “Sudah tentu wanita itu tidak dalam keadaan baik sama ada secara psikologi ataupun fizikal.” Peguam itu yang berada di mahkamah semalam, memberitahu akhbar itu kliennya mengalami “kecederaan parah. Doktor belum memberitahu sama ada mereka boleh memulihkannya atau tidak.” Penyerangnya yang kini diarahkan melakukan ujian psikiatrik, dilaporkan mempunyai beberapa orang anak dengan isteri pertama tetapi perkahwinan mereka berakhir beberapa minggu sebelum dia mengahwini isteri keduanya yang jauh lebih muda.
Akhbar Aftonbladet berkata, baru-baru ini dia mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan dan dikatakan membuat keputusan untuk menghukumnya dengan mencacatkannya. Sumber itu menerangkan mengapa lelaki itu memakan bibir isterinya, “Dia tidak mahu bibir isterinya dipulihkan.” - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
Salam buat semua.. Hari ini...aku cuma menceritakan bahawa monorail....dari Mekah Ke arafah sudah siap dan telah di gunakan..perjalanan dari...
-
Binatang pun panas..nak sejukan badan... Salam buat semua.. Ya sudah hampir 2 minggu hujan tidak turun...selalunya pada...
-
Kami Tolak Mat Sabu, Mujahid SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk be...
-
KUALA LUMPUR: Pelakon Catriona Ross mengakui kecewa dengan sikap segelintir pengarah yang mendiskriminasikan pelakon-pelakon bertudung denga...
-
Inilah bentuk laporan Polis yang dibuat Penjelasan Punca Sebenar Mohd Said Buat Laporan Polis Dakwa Diganggu Laungan Azan Yang Nyari...

4 comments:
macam macam la nie
menakutkan kot..hurm..
sudah macam tidak ada tamaddun sekarang ini.
biar betul...huhuhuhu...kejam giler...
Post a Comment