Nuffnang
Sunday, June 10, 2012
Ter Hot PRU Ke 13 : BN menghadapi cabaran uruskan Pemilihan Calon Boleh Menang
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti-parti komponen BN berhadapan dengan cabaran menguruskan persepsi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Menurutnya, cabaran itu timbul kerana pembangkang memutarbelitkan isu dan menyebarkannya kepada rakyat. "Hal-hal yang tidak betul tetapi diulang berkali-kali dan disebarkan melalui media sosial. "(Justeru) hari ini kita berhadapan dengan masalah persepsi," katanya tanpa memperincikan masalah persepsi berkenaan.
Justeru, beliau menggesa agar pimpinan setempat BN turun ke akar umbi mendekati rakyat untuk membetulkan persepsi tentang BN. "Sebab itu hari ini kita ambil langkah proaktif dengan turun ke bawah tanpa orang tengah dan jumpa rakyat," katanya. Dalam ucapan sama Muhyiddin turut menegaskan bahawa calon boleh menang BN akan datang perlu diterima bukan sahaja di peringkat parti tetapi juga diterima rakyat. "Kalau dia peringkat parti popular, di bawah juga popular, mungkin inilah ciri-cirinya," katanya.
Beliau turut memberikan bayangan yang Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A Chandrakumanan akan diletakkan bertanding di Parlimen Batu - kerusi Parlimen yang secara tradisinya ditandingi parti Gerakan. Chandrakumanan sewaktu ditemui Malaysiakini berkata beliau mengintai kemungkinan bertanding salah satu antara tiga kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan - Batu, Setiawangsa atau Bandar Tun Razak. Walau bagaimana pun, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada pimpinan tertinggi BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Gambar hiasan KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar ...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
2 comments:
semua calon nak menang ..pening la nak pilih
bukan masalah calon tapi masalah party.
Post a Comment