Nuffnang
Wednesday, June 6, 2012
Kejutan Berita !!! Rasa 'Ajal Semakin Hampir ' Ketika Di ICU : Sharifah Aini , Jom baca
Datuk Sharifah Aini
SHAH ALAM: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru seperti hendak menemui ajal. Sharifah Aini atau Kak Pah berkata, penyakit yang telah pun merebak ke seluruh paru-parunya itu menyebabkan beliau sukar untuk bernafas sehingga beliau beranggapan ajalnya semakin hampir. "Pada ketika itu, saya hanya fikir sudah sampai masanya untuk Allah mengambil nyawa ini dan pada masa sama saya berdoa agar sempat menemui anak lelaki saya iaitu Aliff Omar yang hendak pulang ke tanah air dari Madinah. "Dan kalau boleh, biarlah Aliff yang menjadi imam untuk jenazah saya nanti.
Alhamdulillah semua ini tidak berlaku seperti yang disangka kerana Allah ingin melanjutkan lagi usia saya. "Biasalah, pada usia sebegini, kita akan pergi bila-bila masa dan saya reda tentang hal itu," katanya. Kak Pah yang dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Damansara, di sini, pada petang Ahad lalu telah dimasukkan ke ICU pada 21 Mei lalu dan lima hari selepas itu, beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari.
Tambah Kak Pah, beliau akui kehidupan sehariannya yang terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak tiga tahun lalu membuatkannya jatuh sakit. "Bayangkan, saya ditahan di hospital selama 15 hari dan ia merupakan jangka masa yang sangat lama. Alhamdulillah masa rehat itu membuatkan diri ini semakin pulih. "Ia juga menyedarkan saya bahawa saya telah 'mendera' tubuh ini dengan bekerja keras tanpa memberi ruang untuk berehat," ujarnya.
Dalam pada itu, Kak Pah juga bersyukur apabila pihak hospital turut memberi kelonggaran untuknya hadir ke program Mentor 6 sebagai juri dengan bantuan jururawat peribadi pada Ahad lalu. "Komitmen sebagai juri Mentor 6 tidak dapat saya elak untuk tidak menghadirinya dan tak sampai hati membiarkan Datuk Ramli MS jadi juri seorang diri, lagipun saya masih larat. Apabila selesai, barulah saya kembali pulang ke hospital. "Bagaimanapun, selepas Mentor 6, saya akan berehat selama lima bulan bagi mendapatkan rawatan lanjutan," tuturnya. Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Johan Ghazali PETALING JAYA – Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali menafikan pendapatan yang diperolehinya ketika ini sehingga RM1 juta. Jo...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kiattikhun membuat laporan selepas dia diserang oleh suspek. - Channel 7 BANGKOK – Seorang leftenan polis dituduh menyerang pegawai kanan be...
-
Dr. Rozmey PETALING JAYA – Sekitar 2010, nama serta gaya Datuk Dr. Rozmey sering kali menghiasi akhbar-akhbar serta kaca televisyen tempat...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
SEEKOR lembu memakan martabak di Indonesia. - Foto pak_ributguru82/Instagram. JAKARTA – Seorang murid sekolah rendah di Lumajang, Indone...
-
Jika niat d hati berjuang kerana Allah swt...mati shahid kerana mempertahankan tanah air tetapi jika kerana mu 1M.....jahanam....Mudah2a...
27 comments:
semoga sihat ye
Sudah lah Kak Pah, bertobatlah , jangan lagi terlibat dengan aktiviti maksiat yang diharamkan Allah itu. Kak Pah mesti menuruti ajaran moyang Kak Pah ia itu Rasulullah. Kembali lah kepangkal jalan dan berhijrah lah kepada kebaikan seperti yang dilakukan oleh Bob Lokman , Aisyah dan ramai lagi artis. Insaflah umur kita tidak lama . Akhirat juga yang kekal.
Allah masih memberi peluang memperbaiki diri....Semoga kembali sembuh....
tanda2 awal le tu. kalau tak sedar juga tak tau ler. kawan aku seminggu kena macam tu lepas tu JALAN.
Malulah kepada anak sendiri yang berada di madinah...semoga kembali lah kejalan yang diredzoi allah.
macam tak setuju je ngan dia
semoga menjadi iktibar dan pedoman kepada semua umat Islam dengan cerita Kak Pah ni...semoga sembuh...
kesempatan untuk mempersiapkan diri bertemu Allah itu satu nikmat. semoga kita termasok kak pah tidak mensia-siakannya.
betul ke syed2 ni dari keturunan Rasulullah?Mungkin keturunan sblah Abu Jahal kut.
kita ni sangka baik sudah la
Benar kata Allah s.w.t.,hamba ku bila di beri kesenagan selps kesusahan nya ia akan gembira lagi sombong......
Hamba ku bila bila dlm kesusahan akan berdoa sambil berdiri duduk baring...tiba bila di maqbulkan ia saolah2x tidak pernah meminta apa apa dari ku....
itu lah faham beberapa ayat dlm alquraan yg.bolh di jadikan garis panduan(guide line)
Jgn maree....
Kak Pah ni memerlukan sangat duit ke atau tak bole hidup sederhana, masih juga lagi nak terlibat kat mentor & nyanyi2 tu.
Kak Pah ajar ngaji lagi baik kat remaja2 atau sapa2 (yg wanita2 aje tau), mesti ramai yg suka jadi anak murid kak Pah.
kak pah
mula2 bertaubat dan berhentilah dengan plastik surgeri itu
dah tua tak perlu cantik lagi
iman lagi mustahak
Datuk Sharifah Aini menyifatkan pengalaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU
kasihan banget,ya
kasihan banget,ya
beliau dipindahkan ke wad biasa dan diberi rawatan selama 10 hari. Tambah Kak Pah
mengingati mati memang boleh menginsafkan.
umno jenis tak mo ingat mati. rasa tkkan mati2.
tu sebab lagu selimut putih diharamkan. clip kisah dalam kubur utk pelajar sekolah diharamkan.
yg dihalalkan adalah K pop... itulah akhirat yg umno nk pilih.
salam..agak2 la yg mengatakan keturunan syed adalah dr keturunan Abu jahal..aku bkn la dr keturunan syed tp ko kaji ckt salasilah keturunan syed2 ni..mmg dr keturunan dr Rasulullah..ko org yg komen ckp mcm idup smpurna je..subhanallah..tgk dr sndiri sblm bckp lbh2 ttg dr org len..muhasabah dr sndiri lbh bek..salam.
sharifah aini .. nama pun dah syarifah.. adalah hubung kait dgn nabi.. yg tak der kenan mengena dgn nabi .. tak yah nak ajr keturunan nabi.. baik tengok diri sendiri
Sudah-sudahlah tu Kak Pah oii...itu amaran yang Allah berikan kepada kita, perbanyakkan solat sunat, berikhtikaf di masjid, duit banyak baik pergi buat umrah, tinggalkan terus bidang hiburan. Allah dah bagi peluang ke dua untuk Kak Pah. Sama-sama kita renungkan sementara nyawa masih dikandung badan.
Akhirat adalah tempat penyesalan. Orang banyak amalpun menyesal...apa lagi yang kurang amal ibadat.
makasih banyak ya gan jadi nambah ilmu ne
mudah-mudahan artikelnya semakin maju dan sukse selalu
ijin nyimpen link ya
saya suka banget dengan informasinya
thanks banget ya
Post a Comment