Guna logo roket dahulu esok, kata Guan Eng
DAP telah memaklumkan kepada semua 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN negeri dari parti itu supaya menggunakan logo roket terlebih dahulu semasa penamaan calon esok, dan menunjukkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
"Jika sekiranya kami tidak boleh menggunakan simbol kami, kemudian baru tunjukkan kepada mereka surat kebenaran yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.
Arahan itu dibuat selepas DAP memutuskan untuk menggunakan logo PAS dan PKR untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang pada 5 Mei.
Lim berkata dua surat kebenaran telah ditandatangani oleh parti itu dan PAS untuk calon-calonnya.
"Ini adalah peluang terakhir kami untuk menggunakan simbol roket tetapi jika tidak boleh, kita akan guna simbol PAS," kata Ketua Menteri sementara Pulau Pinang itu.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata calon DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak sekiranya mereka tidak dibenarkan menggunakan logo sendiri di hari penamaan esok.
Karpal berkata, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).Karpal juga berkata tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.
"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.
Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.
Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.
Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

1 comment:
DAp kena bijak
Post a Comment