:: KENALI CALON ANDA :::
Dato Raja Bahrin mewakili PAS di P.36 Parlimen K.Terengganu
Parlimen abang k ni..
Dato Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah dan juga ahli pakar Jurubina/ Arkitek terkenal dari Terengganu,Malaysia. Pernah dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Perhotelan (MAH) dan salah seorang Ahli Badan Warisan Malaysia. Beliau adalah Pengerusi kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka yang di Ketuai oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Razali Hamzah.
9 April 2013, setelah pelbagai spekulasi yang dibuat oleh Media dan orang ramai, beliau dengan rasminya disenarai sebagai calon parti berkenaan di Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum Malaysia ke-13.Menurut pelbagai sumber, setelah di "lamar" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya Parti Islam SeMalaysia (PAS) beliau bersetuju untuk menyertai parti tersebut diatas perkenan Bonda beliau. Beliau popular dikenali sebagai Jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung, Muzium Negeri Terengganu (Muzium yang diiktiraf sebagai antara Muzium terbesar di Asia), Istana Melawati(Putrajaya) dan beberapa lagi yang lain. Sekitar tahun 1990-an dikaitkan di Malaysia apabila membawa pulang anaknya dari Australia dengan bot, juga mengenai kejadian keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang direka oleh Syarikat beliau Senibahri Arkitek.[1]
Sekitar tahun 2009-2010 kemudiannya berkahwin dengan penyanyi jazz Malaysia Noryn Aziz atau nama sebenarnya 'Norazmahwati binti Abdul Aziz' , lulusan UiTM.
[sunting]Isu dan kontroversi
[sunting]Pertikaian anak dengan bekas isteri
Pada 1985, dua anak Raja Kamarul Bahrin dipelihara oleh bekas isterinya ,Jacqueline Pascarl seorang Cina warga Australia . Mereka bercerai pada 1986 .Beliau cuba mendapatkan semula anaknya selama 7 tahun melalui Mahkamah Keluarga Australia pada 1992. Malah hakim Australia melarang membawa anaknya ke Masjid atau hampir 100 meter dari masjid.Jacqueline berkahwin lagi dengan wartawan TV, Iain Gillespie pada 1986. Jacqueline telah menghasilkan dua buah buku bertajuk 'Once I was a Princess' dan 'Since I Was a Princess' (2007).
Akhirnya Raja Kamarul Bahrin membawa anaknya dengan bot nelayan melalui Cape Town, Merauke, Irian Jaya, Sulawesi, Sabah dan kembali ke Kuala Terengganu dengan bantuan Bryan Wickham. Bryan Wickham telah merancang perjalanan darat dan laut selama setahun dan akibatnya merengkok dalam penjara Australia selama setahun. Peristiwa ini semuanya dicatat dan telah dibukukan dengan tajuk 'Raja Bahrin Story' (1997)
Pada 2006, Shah ada melawat ibunya Jacqueline di Melbourne. Iddin juga bertemu dengan ibunya pada 2006 selepas 14 tahun terpisah.
Beliau Tidak terlibat Dengan Kotroversi Stadium Runtuh.
Berita Ringkas Klik SINI dan jadi FAN PAGE FB
2 comments:
beliau merupan seorang yang tabah
1. Anak beliau sekarang tinggal di Australia bersama ibu mereka beragama Kristian . Didioakan anak beliau masih terpelihara keimanannya. Kebanyakkan cerita-cerita di terengganu mengatakan anak2 beliau telah dikristiankan.
2. Raja Bahrin yang membuat rekaan bentuk bumbung supaya kelihatan seperti bulan sabit dan bintang macam lambang kerajaan Terengganu ... Nightmare to engineer
Post a Comment